4 Disember 2014 (Khamis)
Pagi ini kami ke Candi Borobudur. Kalau zaman sekolah dulu selalu terbaca pasal candi ini di buku teks Sejarah, sekarang mau tengok secara langsung pula. Bayaran masuk candi ini bagi pelancong antarabangsa ialah Rp240,000 (RM67). Kadar ini sentiasa meningkat mengikut kenaikan dollar. Memang agak mahal dibandingkan dengan warga tempatan yang hanya perlu membayar Rp30,000 (RM8) sahaja. Nampak kan jurang yang ketara. Bolehlah juga dapat murah kalau menyamar jadi warga tempatan... ha!ha.. Memetik kata-kata Mas Ari, "kok ibu mau bayar mahal2 untuk liat batu?"... ha!ha... betul juga... tapi ini bukan sebarang batu... bukan batu sungai atau batu jalan raya yang sering ditendang. Anggaplah pengalaman tidak boleh dibeli dengan wang ringgit... ha!ha....
(p/s : Sepatutnya lepas ini kami mau Candi Parambanan, tapi memandangkan bayaran masuknya hampir sama dengan Candi Borobudur, terus x jadilah... ha!ha!... eh.. bukan pengalaman tidak boleh dibeli dengan wang ringgitkah?.. ini berkira pula... ha!ha!..)
Sedikit info dari Wikipedia :
Borobudur ialah kuil atau candi agama Buddha yang terletak di desa Boro , Kabupaten Magelang, Jawa Tengah, Indonesia.Borobudur terletak kira-kira 100 km di barat daya Semarang dan 40 km di sebelah barat laut Yogyakarta. Luasnya 2500 km persegi.
Borobudur adalah stupa Buddha mazhab Mahayana, dan monumen Buddha terbesar di dunia. Ia dibina antara tahun 750 dan 850Masihi oleh pemerintah Jawa Dinasti Sailendra dan Sanjaya.
1950 Sejarawan J.G. de Casparis kajian Ph.D beliau menyatakan Borobudur adalah tempat pemujaan. Dengan analogi prasasti Karangtengah dan Kahulunan, Borobudur dibina oleh raja dari dinasti Syailendra bernama Samaratungga sekitar 824. Candi raksasa hanya siap 50 tahun kemudian ketika puterinya Ratu Pramodhawardhani memerintah. Kuil Borobudur dibina atas tanah bukit hanya setinggi 265 meter dari dasar laut dan 15 meter tinggi. Jika Mesir berbangga dengan piramid dan Sphinx, China dengan Tembok Besar , Kemboja dengan Angkor Wat. Maka, warga Indonesia berbangga dengan Borobudur.
Gigih mendaki. Sebelum berkunjung ke sini, anda dinasihatkan berjoging setiap hari agar tidak ampus. |
Berjaya ke puncak tanpa ampus (untuk rekod, ketinggian candi ini ialah 3 tingkat - tiada lif.. manual semua.. gunakan kaki anda)) |
Menuju Pintu Masuk (Payung ihsan daripada Mas Ari... katanya panas di atas candi.. harus berpayung... terima kasih banyak2..) |
Mula mendaki |
Pintu keluar. Kelihatan penjaja sedang menunggu pelanggan yang turun ke bawah. |
Jalan keluar yang dipenuhi dengan gerai jualan |
Kami tidak lama berada di kawasan ini. Kalau pengkaji Sejarah atau Guru Geografi mungkin lama sikit cz meneliti binaan candi... ha!ha... Kami asal dapat naik dan bergambar saja... ha!ha...
Perkara yang merimaskan kami ialah penjaja yang suka mengejar pelanggan. Mereka akan mengerumuni kita dan menunjukkan barang jualan mereka sambil memujuk untuk membeli. Kadang-kadang mereka menghalang pergerakan kita. Jika anda pernah ke Tangkuban Perahu di Bandung, begitulah keadaan penjaja di sini. Kita keluar kereta saja, terus diserbu ibarat artis papan atas... ha!ha. Menurut Mas Ari, jika kita tidak mahu dikejar-kejar, kita jangan memberikan reaksi apabila mereka menunjukkan jualan mereka. Jangan sesekali berkata "nggak apa bu.. terima kasih.." Ah.. bagi mereka itu boleh dipancing untuk mebeli. Jeling pun tidak dibenarkan.. jalan ja macam robot ke depan. Tapi saya terbeli juga FM di sini. Rp100,000 untuk 7 pcs. Harga yang mereka tawarkan sangat murah, terutama kalau kita buat2 mau lari pecut. Contohnya, mula2 saya ditawarkan FM tu dengan harga Rp100,000 utk 4 pcs. Saya pun mengorak langkah dengan laju. terus up jadi 5 pcs, lari lagi, up lagi 6 pcs dan akhirnya pecut meminjam tenaga Usain Bolt, lalu dapatlah 7 pcs.... ha!ha... nampak kan permainan di situ..
Kawan2 yang lain borong sakan. Mereka dapat T-Shirt dengan harga Rp100,000 utk 7 pcs. Key Chain Rp100,000 untuk 60 pcs. ternyata lebih murah berbanding di Jalan Malioboro.. tidak rugi berbelanja di sini... ha!ha.. Buah salak Rp4,000 sekilo. Manis sangat.. Kawasan ini memang pengeluar buah salak. Kalau di Pasar Beringharjo, Jogja, Buah salak Rp12,000 sekilo. Tidak manis sangat.
Kegigihan penjaja di sini terlihat apabila seorang penjaja wanita tu mengekori kawan saya, Suzanah menuju ke tandas dan sabar menantinya keluar tandas. Kemudian Suzanah pun berkata, "nantilah saya beli.. saya masuk dalam dulu". Sebenarnya tu ayat melepaskan diri. Tapi siapa menyangka yang mak cik itu menanti kami di pintu keluar dan berkata kpd Suzanah, "ibu.. saya tadi yang nunggu ibu di WC (tandas)". Okey Zana... ko belilah.. sebelum ko dibaling dengan mangkuk tandas... ha!ha!
Kak Halimah paling banyak memborong.. apatah lagi mak cik penjual tu memanggilnya "Datin"... ha!ha... Amin.. semoga jadi datin suatu hari nanti..
Di sini juga Zana banyak memborong baju kaftan... murah katanya... punyalah banyak sampai cukup stok untuk seminggu tanpa memakai berulang kali. Saya beli FM saja di sini.. itupun dengan perasaan marah... ha!ha... Pastu ada mak cik tu datang dan berkata, "ibu.. salak bu.." Aduhhh... terus emosi.. lantas saya berkata, "maaf ya bu... saya nggak bisa makan salak.. sakit perut kalau makan"... ha!ha....
Perut pun sudah lapar akibat berlari dikejar penjaja... jom cari makan!!
jumpa lagi......
Perut pun sudah lapar akibat berlari dikejar penjaja... jom cari makan!!
jumpa lagi......
Comments
Post a Comment