Skip to main content

Daerah Istimewa Yogyakarta - Merapi Tour

4 Disember 2014 (Khamis)

Info :
Gunung Merapi adalah sebuah gunung berapi di Jawa TengahIndonesia. Ia merupakan gunung berapi yang paling aktif di Indonesia dan telah meletus sebanyak 69 kali semenjak 1548. Ia berdekatan dengan bandaraya Yogyakarta, dan banyak penduduk tinggal di hilir gunung berapi berkenaan, dengan perkampungan paling tinggi 1700 m di atas paras laut. Oleh kerana bahayanya kepada kawasan berpendudukan ini, ia telah dinamai sebagai satu Gunung Berapi Dekad ini.
Gunung Merapi merupakan objek pendakian yang popular. Laluan paling umum dan dekat ialah dengan bermula dari kabupaten Boyolali ke arah Solo atau dari Yogyakarta atau juga dengan mudah dapat dijangkau dari kabupaten Magelang.

Selepas meletus pada tahun 2010, kawasan ini hampir kembali pulih dan menjadi kawasan pelancongan dengan menaiki Jeep ke beberapa kawasan yang telah terjejas akibat gempa tersebut. Sebelum 2010, Gunung Merapi memang merupakan objek wisata dan menjadi kegemaran pendaki gunung. Gunung ini pernah meletus pada tahun 2006. Kami manaiki jeep dengan kos Rp350,000 rp untuk sebuah jeep. Bayaran ini sangat berbaloi jika dilihat kepada keadaan laluan ke kaki gunung tersebut yang berliku. Kami dibawa melawat ke Muzium Sisa Hartaku (rumah seorang penduduk yang terkena letusan gunung berapi tersebut. Dalam perjalanan, kita dapat melihat sisa-sisa rumah penduduk kampung. Malah, pemandu Jeep tersebut juga merupakan salah seorang penduduk kampung di kawasan tersebut (sekampung dengan Mbah Marjan yang terkorban ketika letusan 2010). Mbah Marijan merupakan juru kunci Gunung Merapi. Dia enggan berpindah walaupun diarahkan berpindah. Mungkin kerana beliau sangat amanah dalam menjalankan tugasnya sebagai juru kunci... Al Fatihah.... Ibu bapa dan adik kepada pemandu jeep ini juga terkorban dalam letusan 2010. Apabila kita berada di sini, kita akan mensyukuri kehidupan kita di Malaysia yang terhindar daripada bencana alam yang besar.

Apapun... biar gambar berbicara...



























Driver Jeep yang banyak bercerita mengenai bencana alam tersebut

Dahulu bunker ini digunakan sebagai bilik kebal untuk pelancong atau sukarelawan yang bertugas di kaki gunung ini menyelamatkan diri ketika letusan gunung berapi. Dalam tu ada bilik dan tandas. Malangnya pada tahun 2006, 2 orang sukarelawan terkorban di dalam bunker ini akibat wap panas.


Saya tinggalkan anda dengan klip lagu ini....




Comments

Popular posts from this blog

Hatyai : Day 1 - Floating Market & Asean Night Market

Fuhhhhh..... setelah dua tahun blog ini tidak dikemaskini (update)... kena ingat balik kisah Hatyai 2 tahun lalu... ha!ha. (mari uji kekuatan ingatan!) Baiklah... selepas solat asar, kami keluar ke Floating Market. Sebab utama ke Hatyai ialah menjejaki floating market... tu pasal gigih ke sini pada hujung minggu. Untuk ke sini, kami telah deal dengan tuk2 yang kami naiki tadi. Kos dia kenakan kami ialah 150 bath (pergi balik) untuk 1 tuk2.. bukan ikut orang (per person). Sebenarnya lebih mudah kalau kita sewa pergi balik. Maka kita tidak perlu bersusah-payah mencari tuk2 untuk balik.  Apa yang ada di Floating Market?.. ok... bukan makan minum saja yang ada.. ada juga bazar jual pakaian dan cenderahati.. kebetulan kami datang masa hari jadi sultan Thailand, jadi banyak gerai jualan dibuka. Yang wajib makan di sini ialah aiskrim kelapa! Bukan runding harga tuk2.. tapi dorang sibuk tanya kedai dobi... ha!ha... driver tuk2 bingung nda faham maksud dobi Madam Suzanne ...

Pesta Bunga 2015

Memandangkan belum ada catatan perjalanan, hari ini kongsi catatan pesta bunga. Jom tengok gambar!!.... Opps lupa.... Pesta Bunga ini berlangsung pada 14 - 16 Ogos di Taman Pertanian Lagut Seberang, Tenom.

Daerah Istimewa Yogyakarta - Wisata Kaos Raksasa Terbesar di Indonesia

3 Disember 2014 (Rabu) Selepas makan petang (makan tengahari yang terlajak lambat), kami pun menuju ke sebuah tempat menghasilkan kaos (T-Shirt) di Sleman, Jogja. Perbezaan T-shirt di sini berbanding dengan T-shirt yang dijual di Malioboro ialah kualitinya sangat bangus. Saya bagi 5 bintang.. ha!ha.. Kain pun sedap ja dipakai. Harga kaos bergantung kepada saiz. semakin besar saiz, semakin mahal harganya. Pusat ini menghasilkan ribuan T--Shirt yang akan diedarkan kepada pemborong untuk dijual di tempat lain. Tempat ini agak tersorok, harus menaiki mobil ke sana. Mereka juga boleh dihubungi di website  http://www.jogjatshirt.com/ Foto Ihsan Google Foto Ihsan Google Foto Ihsan Google Okey... jom balik hotel...