Skip to main content

Daerah Istimewa Yogyakarta : Gloria Amanda Hotel

2 Disember 2014 (Selasa)

Setelah 9 bulan  menanti dengan sabar, akhirnya kami menjejakkan kaki ke Jogjakarta @ Yogyakarta pada jam 12.00 tgh waktu tempatan. Kalau waktu Malaysia ialah jam 1.00 pm. Penerbangan dijadualkan pada jam 9.40 am, tetapi delay 40 minit atas masalah teknikal. Sekali lagi kami meneruskan kesetian kpd AA.. Now Everyone Can Fly walaupun terpaksa jalan kaki 30 minit dari balai berlepas ke gate yang sepatutnya. Sebelum ini pernah terdengar desas-desus, komenter, keluhan, status di fb tentang keluasan KLIA2 sehingga memerah keringat berjalan kaki di dalamnya, dan ternyata benarlah kata mereka. Oleh itu, anda dinasihatkan berada di KLIA2 sekurang-kurangnya 3 jam sebelum penerbangan anda (pesanan ini tidak ditaja oleh uncle Tony.. sekadar pesanan khidmat masyarakat.. he!he)

Setelah 2 jam 30 minit duduk atas awan sambil makan nasi lemak AA dan muffin, akhirnya tiba juga di Bandara Adisujipto (memang susah mau sebut.. Encik Pilot pun tergulung lidah menyebut nama airport ini masa buat pengumuman mau mendarat). Bandara ini agak kecil dan sempit untuk ketibaan antarabangsa. Dalam flight kami tidak diberi borang imigresen n kastam. Rupanya diberi ketika kami tiba di bandara, itupun borang fotostat.. tapi syukurlah daripada tiada. Nanti jadi Pendatang Asing Tanpa Izin pula.. (tapi ada passport... he!he). Akhirnya, dalam keadaan sesak dan kelam kabut (cz penerbangan seterusnya akan mendarat dan kami haruslah keluar segera untuk memberi ruang kpd mereka), kami pun berjaya mengisi borang tersebut sambil disokong oleh pekerja Imigresen di bandara tersebut dgn kata-kata semangat "Cepat buk.. pesawat dari Singapor mau tiba!". Baiklah.. beri peluang kepada wisatawan lain pula.

Lepas pemeriksaan imigresen (imigrasi), kutip bagasi pula. Kenapa dikutip?.. cz rel (bukan rel keretapi) untuk bagasi tu tidak berpusing @ membuat 1 pusingan seperti biasa. rel itu jalan lurus saja sampai hujung.. kemudian beg kita akan jatuh di hujung. Tapi jangan bimbang! terdapat pekerja yang akan mengutip dan menyusun beg kita di tepi. Kemudian silalah kutip. Kalau tidak kutip pun boleh... tapi tiadalah baju untuk kebutuhan hidup di Jogja selama 5 hari... ha!ha.

ketika keluar dari bandara, kami pun exercise leher meninjau2 kalau ada jejaka yang memegang nama SUHANA ARIS (ketua kontijen). Sebelum ke sini, saya sudah meminta agar pihak hotel menjemput kami di bandara cz kami tidak menggunakan khidmat supir pada hari pertama. Setelah 15 minit menanti ditemani oleh pujukan pemandu2 teksi yg menawarkan khidmat, akhirnya kami pun mengambil keputusan untuk menghubungi pihak hotel. Malangnya tidak semudah itu, cz hp semua tidak roaming. 10 minit selepas itu, barulah dapat menghubungi hotel dan dimaklumkan bahawa karyawan (pekerja) hotel dalam perjalanan ke bandara, tetapi macet (sesak). Akhirnya setelah 40 minit berlalu, datanglah insan yang dinanti2kan bersama kereta avanza.

Hotel Gloria Amanda ini terletak di Jalan Sosrowijayan. Kawasan perkampungan wisata. Banyak hotel dan lonsmen di kawasan tersebut. Hotel ini agak tersorok dan memerlukan skill untuk masuk ke lorongnya jika anda memandu kereta. Kami ambil Family Room (rp500,000 semalam). Muatlah untuk kami 4 orang. Kami dapat bilik bawah depan kolam renang. Okey... 1st time bilik depan kolam renang. Hati pun digaru2 untuk menyelam dan kuak lentang. 

Staff hotel nie 99% lelaki. Rasanya seorang saja wanita (bertugas di kaunter depan). Tapi secara keseluruhan, karyawan hotel ini sangat baik dan bersopan-santun. 

Kenapa kami pilih hotel ini? kerana dekat dengan Jalan Malioboro yang meniti dari bibir ke bibir wasatawan lokal dan mancanegara (antarabangsa). Kami jalan kaki saja dari hotel ke Jln Malioboro dan balik ke hotel dengan gembiranya membawa hasil tangkapan.. ha!ha. 

Untuk lebih lanjut, lihatlah foto-foto di bawah..
 (maaf kalau visual kurang jelas, pakai kamera hp saja)






Hotel ini juga menyediakan mobil + supir. Kami menggunakan khidmat mobil hotel ini selama 2 hari (ini harga setelah kenaikan BBM - minyak) 




Lokasi Hotel

www.gloriaamanda-hotel.com/

Family Room (design lama tapi selesa dan harga berpatutan)




Untuk mobil / transport kami selama 2 hari, kami menggunakan khidmat MAS ARI (diurus oleh hotel). Dia nie freelance (tidak terikat dengan syarikat). Orangnya sangat ramah dan sempat mengajar kami bahawa Jawa. Kalau anda mahu ke Jogja, bolehlah hubungi beliau.

MAS ARI : +085713471767 / +081393775690

Comments

Popular posts from this blog

Hatyai : Day 1 - Floating Market & Asean Night Market

Fuhhhhh..... setelah dua tahun blog ini tidak dikemaskini (update)... kena ingat balik kisah Hatyai 2 tahun lalu... ha!ha. (mari uji kekuatan ingatan!) Baiklah... selepas solat asar, kami keluar ke Floating Market. Sebab utama ke Hatyai ialah menjejaki floating market... tu pasal gigih ke sini pada hujung minggu. Untuk ke sini, kami telah deal dengan tuk2 yang kami naiki tadi. Kos dia kenakan kami ialah 150 bath (pergi balik) untuk 1 tuk2.. bukan ikut orang (per person). Sebenarnya lebih mudah kalau kita sewa pergi balik. Maka kita tidak perlu bersusah-payah mencari tuk2 untuk balik.  Apa yang ada di Floating Market?.. ok... bukan makan minum saja yang ada.. ada juga bazar jual pakaian dan cenderahati.. kebetulan kami datang masa hari jadi sultan Thailand, jadi banyak gerai jualan dibuka. Yang wajib makan di sini ialah aiskrim kelapa! Bukan runding harga tuk2.. tapi dorang sibuk tanya kedai dobi... ha!ha... driver tuk2 bingung nda faham maksud dobi Madam Suzanne ...

Daerah Istimewa Yogyakarta - Kampung Batek Laweyan

3 Disember 2014 (Rabu) Misi hari ini ialah ke Kota Solo @ Surakarta yang terletak lebih kurang 60km dari Jogja. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih bergantung kepada keadaan lalu lintas. Kami ke Kampung Batik Laweyan. Solo sangat terkenal dengan batik yang ternyata lebih berkualiti dan lebih murah berbanding batik yang dijual di Jalan Malioboro.  Sedikit info dari wikipedia: Kampung batik Laweyan  adalah salah satu daerah  wisata  yang sengaja disediakan oleh  pemerintah   Kota Solo  untuk mengundang para  wisatawan  asing dan domestik melihat-lihat  Batik . [1]  Kampung Batik Laweyan dinilai sebagai kawasan sentra Batik di Kota Solo dan sudah ada sejak zaman  kerajaan Pajang  tahunn 1546 M. [2]  Kawasan ini sempat meraih kejayaannya pada tahun  1970an . [1] Kampung Laweyan didesain dengan konsep terpadu, dengan memanfaatkan lahan seluas kurang lebih 24 ha yang terdiri dari 3 blok. [2] ...

Biarlah Video Berbicara

Mau melancong.... tapi ke mana yaaaaa......  Kaki gatal mau berjalan.. tangan digaru-garu untuk membeli tiket flight...  Malangnya rakan travel tahun nie berhalangan untuk melihat dunia luar... Jadilah saya terkapai2 merenung iklan tambang murah syarikat penerbangan  silih berganti .. Apapun... marilah kita lihat video rakaman pelancongan yang terdahulu... sekadar mengimbas kenangan dan mengubat luka di hati kerana belum dapat melancong bagi tahun 2015... Padang, Sumatera Taman Mini Indonesia, Jakarta Candi Borobudur, Jogjakarta Eh... kenapa semua video di Indonesia??... aku melancong ke tanah seberang ja kah selama 5 tahun ini?... ha!ha... rasanya gitulah....  p/s : Trip Korea terpaksa ditunda ke tahun depan.... "Korea! Aku tak pasti datang"... ha!ha