Assalamualaikum.... hai semua....
Maaf kerana ini ialah cerita yang tertunggak. Cerita Disember 2015 yang diceritakan semula pada tahun 2016.. ha!ha... Bukan kerana kesibukan untuk menulis.. cuma kadang kala terlupa untuk menulis.
Saya mulakan kisah perjalanan ke Hatyai dengan pembelian tiket KTM sebulan sebelum perjalanan. Oleh sebab saya tinggal di Sabah, maka pembeliah tiket hanya dapat dilakukan melalui sistem atas talian (online). Tiket pula hanya boleh dibeli sebulan sebelum tarikh perjalanan. Maka jam 8 pagi saya sudah bersedia untuk berjuang membeli tiket.. ha!ha.. haruslah berjuang awal coz kami mahu membeli tiket yang berkatil. Maklumlah perjalanan hampir 12 jam.. pastilah kejang otot kaki kalau duduk saja selama 12 jam. Namun, ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya jerebu di tengah hari. Pembayaran mengalami masalah cz kena guna kad kredit dan internet banking BSN saja. Kenapalah bukan cimbclicks...Jadi lepas sekolah (eh.. masih sekolah?.. kah cikgu sekolah?).. ha!ha, saya pun bergegas dengan penuh iltizam ke BSN untuk daftar internet banking. Nasib ada akaun giro. Kemudian bergegas lagi pulang ke rumah untuk online tiket KTM. Malangnya katil KTM tinggal 1 saja.. sedangkan kami berlima. Setelah berfikir pendek (x sempat fikir panjang cz nanti habis tiket), kami pun beli tiket untuk seat biasa saja.. harga tiket akan ada caj perkhidmatan sebanyak RM2. Katil KTM yg tinggal sebuah tu pula saya belikan untuk Encik Suami.. (lambang isteri mithali).. ha!ha!.
Untuk tiket dr Haytai ke KL pula kami berjaya membeli seat berkatil.. alhamdulillah...
>
>
>
>
>
>
>
>
>
Maka pada 4 Dis 2015, kami pun menaiki pesawat uncle Tony ke KL. Oleh sebab Terminal 2 AA di Kota Kinabalu telah berpindah ke KKIA, banyak flight delay bermula 1 Disember. Akhirnya flight kami pun delay juga selama hampir 2 jam. Agak marah juga... ha!ha... Pada jam 12 malam, kami pun menaiki KTM dari KL Sentral ke Hatyai.
Sarapan di kantin KTM (wajah belum mandi.. syukurlah dapat gosok gigi n cuci muka) |
Encik Suami update status di media sosial |
Kawasan berkatil |
>
>
>
>
>
Kami tiba di Padang Besar, Perlis sekitar jam 11 am. Turun selama 40 minit untuk cap pasport dan sarapan.
>
>
>
>
>
... dan selepas sejam bertolak dari Padang Besar, akhirnya kami pun sampai...
Para penjaja di stesen keretapi Hatyai |
Kemudian keluar saja dari stesen, bersepah tuktuk menunggu pelanggan. Kami naik sebuah tuktuk ke Hatyai Central Hotel dengan kos 50,000 bath. Di tengah perjalanan tuk2 tu berhenti cz rosak katanya... ntah betul kah tidak cz di belakang kami berhenti sebuah tuk2. Jadi driver tuk2 kami tu suruh kami naik tuk2 kawannya yg fasih berbahasa Melayu.
oklah... jom rehat sebelum ke destinasi seterusnya....
Comments
Post a Comment