5 Disember 2014 (Jumaat) Kami minum petang di Angkringan Kopi Joss yang terletak di Jalan Malioboro. Cerita mengenai kopi Joss @ kopi arang ini pernah disiarkan di sebuah televisyen. Maka kami pun berkobar-kobar untuk mencubanya... ha!ha.... Kopi ini dibancuh dengan meletakkan arang yang panas membara ke dalam air kopi tersebut. Rasanya?.. sangat sedap!!.. Saya bagi 5 bintang.. jangan takut lidah anda hangus terbakar oleh arang tersebut kerana arang itu cepat sejuk dan akan mendap ke bawah selepas itu.. Cubalah jika anda ke Yogyakarta!.. Mas! Mas!.. kok kamu update status di facebook ya??.. ha!ha Enak minum kopi ini bersama gorengan dan sate kerang... Terbaeekkkkk!!!! > > > > > Malam itu kami mengajak Jitho untuk makan malam di restoran yang agak terkenal di Jogja. Sudah 2 malam berturut2 makan di lesehan, jadi malam ini mau berubah suasana pula. Jitho membawa kami ke Restoran Ayam Penyet Suroboyo. Kami mengajak dia makan, tapi dia malu...
Kehidupan di dunia ini laksana lautan yang jarang-jarang tenang. Airnya sentiasa beriak, bergelombang dan berombak. Kesusahan terletak dalam kemudahan, dan kemudahan pula selalu tersimpan dalam kesusahan. (Hamka)