Skip to main content

Posts

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Selembut apapun angin berhembus,  pasti pernah menebarkan debu. Seputih manapun baju,  pasti tercalit noda, Sebaik apapun manusia,  pasti pernah khilaf dan melakukan kesalahan. Menyambung kasih, merajut cinta,  beralas ikhlas, beratap doa. Semasa hidup bersimbah khilaf dan dosa, berharap dibasuh maaf.. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin. Semoga diberi peluang untuk berkumpul semula pada lebaran akan datang... insyaallah...

SEKADAR SEBUAH KENANGAN

Perjalanan Terakhir Seorang Sahabat (kutujukan kepada seorang sahabat yang tidak dapat berada di sisi kami ketika saat-saat getir ini kami tempuhi) 18 Okt 2011 (Selasa) Saya menerima perkhabaran kemalangan yang menimpa seorang sahabat, Yonti daripada Kak Tim pada jam 4.00 pm. Kemalangan tersebut terjadi di Batu 17 ketika beliau pulang dari sekolah. Saya dan Zana bergegas ke hospital dan tanpa dirancang kami memakai tudung yang sama (agak lucu juga). Setelah menanti lebih daripada 1 jam di luar Wad Kecemasan, akhirnya saya, Zana, Baya, Pn Kamisah dan Kak Ita dibenarkan melawat secara bergilir-gilir. Ketika bertemu dengan Yonti yang terbaring di atas katil, dia kelihatan sangat tidak berdaya. Wajahnya sangat pucat, mungkin masih trauma dan terkejut. Dia mengadu mengalami kesakitan di bahagian perut sehingga menyukarkan pergerakannya. Saya melihat ada calar di perutnya (berhampiran pinggang) ya...

JANUARI YANG BERSEDIH

Tahun 2013 melabuhkan tirainya... membawa seribu kenangan dan pengalaman suka duka. Saya mengharapkan tahun 2014 lebih baik berbanding tahun sebelumnya. Tapi siapalah saya untuk menidakkan takdir. Siapalah saya untuk mengubah rencana Allah swt yang sangat indah aturannya. Akhirnya sebagai insan kerdil, saya reda atas ketentuanNya.  Saya dikejutkan dengan berita pemergian datuk saya, Allahyarham Hj Majin Awg Damit pada 2 Januari (Khamis, jam 3.30 pm). Beliau memang kurang sihat sebelum pemergiannya. Sudah tidak berupaya untuk bangun dari katil tanpa bantuan, Sudah kehilangan selera makan. Allah swt sudah menarik beberapa nikmat daripada hambaNya pada penghujung usianya. Namun sebenarnya kami sekeluarga tidak begitu ralat atas pemergiannya, kerana dalam tempoh seminggu terakhir usianya, beliau hanya menyebut tentang kematian.. sudah mula berpesan-pesan.. sudah mula menguras airmata kami. Beliau meninggal dunia dalam usia 95 tahun dan mungkin lebih daripada itu. Kenapa saya terke...

JEJAK-JEJAK BUKITTINGGI, SUMATERA - DAY 3 & 4

21 Nov 2013 (Khamis) Hari nie kami akan meninggalkan Kota Bukittinggi kerana kami akan menginap di Padang pada malam ini. Flight kami ke Kuala Lumpur esok ialah pada jam 8.50 pagi WIB. Jadi kena bermalam di Padang cz airportnya di Padang. Sebelum bertolak, kami ke Pasar Atas dulu... dekat saja dengan Hotel Ambun Suri.. jalan kaki 5 minit.. tapi kami ingatkan jauh, jadi kami naik Angkut... ha!ha!... bolehlah 2 ribu rp...  Pasar Atas nie luas, bukan sekadar pasar. Kawasan Jam Gadang juga termasuk dalam kawasan Pasar Atas. Di Pasar Atas sempat shopping jubah 2 helai dan T.Shirt Bukittinggi utk ole2 keluarga yg ditinggalkan di Malaysia... he!he!.. Pasar Atas Kemudian, kami bertolak ke Danau Maninjau .. melalui Keluk 44.. jalan yang sangat sempit dan berliku-liku ibarat jalan ke Kundasang, Sabah. Tapi Pak Fendi sangat berpengalaman dan kami tiba di kawasan tersebut tanpa ada yang termuntah... ha!ha.... tapi kami hanya sampai di Keluk 37 sahaja cz ada ahli rombong...

JEJAK-JEJAK BUKITTINGGI, SUMATERA - Day 2

 20 Nov 2013 (Rabu) Kami breakfast di Hotel Ambun Suri. Kemudian kami dijemput oleh Roni & Pak Fendi utk lawatan Persatuan Sejarah.. (opps... bukan... lawatan ibu guru... ha!ha) Pokok kelapa nie bukan x lurus akibat tsunami, tapi memang sejak tumbuh Tabek Patah, ialah sebuah nama panorama di Nagari Tabek Patah, Kec. Salimpaung, Kabupaten Tanah Datar, Sumatera Barat. Panorama yang mengagumkan ini berjarak sekitar 16 km dari pusat Kota Batusangkar, yang merupakan ibukota dari Kabupaten Tanah Datar. Dari panorama ini bagi anda yang suka berwisata alam akan sangat menikmati. Sebab dari panorama ini kita bisa menikmati keindahan alam Nagari Tabek Patah dengan dihiasi lanskap pegunungan Merapi. Panorama yang terletak di antara dua kota, Bukittinggi dan Batusangkar ini merupakan tempat yang sangat sejuk. Karena selain tempat ini merupakan perbukitan, di sekitar panorama ini juga terdapat hutan pinus yang menambah kesejukan saat ...

JEJAK-JEJAK BUKITTINGGI, SUMATERA - Day 1

Day 1 - 19 Nov 2013 (Selasa) Percutian ke Bukittinggi ini dirancang sejak Julai. Kenapa ke Bukittinggi? Kerana kalau ke Bandung memerlukan perbelanjaan membeli-belah yg tinggi, Jadi saya dan rakan2 (Kak Surayah, Kak Limah n Zana) bersepakat utk ke Bukittinggi dgn misi untuk menenangkan fikiran... bukan shopping.. ulang suara, bukan shopping.. he!he... benarkah?.. kita akan ketahui kemudian.. ha!ha Ok.. intro jangan terlalu panjang.. Kami menaiki pesawat Uncle Tony pada jam 7.50 pagi. Sebenarnya kami sudah berada di LCCT pada jam 12 mlm kerana menaiki pesawat dari Sandakan - KL. Kami menginap (atau lebih sesuai "menumpang") di surau LCCT yg sangat padat dan sesak. Namun kami dapat jg melelapkan mata sejam 2 w.pun dalam kondisi yg tidak kondusif. Jam 5.30 am kami sudah berbaris utk check in dan kemudian bersarapan. Akibat terlalu lama bersarapan, kami menjadi orang terakhir yg menaiki pesawat (atau lebih tepat, hampir terlepas flight.. huhuhu) Pesawat kami akhirnya tib...