Skip to main content

JANUARI YANG BERSEDIH

Tahun 2013 melabuhkan tirainya... membawa seribu kenangan dan pengalaman suka duka. Saya mengharapkan tahun 2014 lebih baik berbanding tahun sebelumnya. Tapi siapalah saya untuk menidakkan takdir. Siapalah saya untuk mengubah rencana Allah swt yang sangat indah aturannya. Akhirnya sebagai insan kerdil, saya reda atas ketentuanNya. 

Saya dikejutkan dengan berita pemergian datuk saya, Allahyarham Hj Majin Awg Damit pada 2 Januari (Khamis, jam 3.30 pm). Beliau memang kurang sihat sebelum pemergiannya. Sudah tidak berupaya untuk bangun dari katil tanpa bantuan, Sudah kehilangan selera makan. Allah swt sudah menarik beberapa nikmat daripada hambaNya pada penghujung usianya. Namun sebenarnya kami sekeluarga tidak begitu ralat atas pemergiannya, kerana dalam tempoh seminggu terakhir usianya, beliau hanya menyebut tentang kematian.. sudah mula berpesan-pesan.. sudah mula menguras airmata kami. Beliau meninggal dunia dalam usia 95 tahun dan mungkin lebih daripada itu. Kenapa saya terkesan atas pemergiannya?.. kerana beliau tinggal bersama kami sejak saya dilahirkan. Beliaulah yang mengajar saya mengenali ayat suci al-Quran. Beliaulah yg menjadi imam solat saya ketika saya kecil. Beliaulah yang menghantar saya ke sekolah rendah menaiki basikal tanpa jemu. Beliaulah yang mula2 mengajar saya cara melipat baju dan menggosok baju. Betapa besarnya jasa beliau.. saya tidak mampu membalas jasanya meskipun sehingga hari terakhirnya kerana saya tidak mampu berada di sisinya kerana jarak yang menjadi pemisah. Semoga beliau tenang di alam sana dan semoga segala amalannya diterima di sisi Allah swt.

2 minggu selepas itu, saya dikejutkan pula dengan berita perpindahan suami saya ke Sipitang, Sabah. Sebenarnya saya menerima khabar ini dengan gembira kerana perpindahan tersebut membawa petanda bahawa kami akan kembali bertugas di kampung halaman. Kami ibarat belut, yang akhirnya pulang ke lumpur... juga seperti bangau yang sering terbang tinggi, namun akhirnya hinggap di belakang kerbau juga. Perpindahan suami saya menyebabkan saya juga membuat permohonan pindah. Ternyata proses perpindahan ini tidak semudah yang disangkakan kerana majikan saya seperti berat hati untuk melepaskan saya. Namun saya optimis bahawa berusaha itu lebih baik sebelum mengalah. Semoga urusan perpindahan saya dimudahkan... Amin...



Comments

Popular posts from this blog

Daerah Istimewa Yogyakarta - Kampung Batek Laweyan

3 Disember 2014 (Rabu) Misi hari ini ialah ke Kota Solo @ Surakarta yang terletak lebih kurang 60km dari Jogja. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih bergantung kepada keadaan lalu lintas. Kami ke Kampung Batik Laweyan. Solo sangat terkenal dengan batik yang ternyata lebih berkualiti dan lebih murah berbanding batik yang dijual di Jalan Malioboro.  Sedikit info dari wikipedia: Kampung batik Laweyan  adalah salah satu daerah  wisata  yang sengaja disediakan oleh  pemerintah   Kota Solo  untuk mengundang para  wisatawan  asing dan domestik melihat-lihat  Batik . [1]  Kampung Batik Laweyan dinilai sebagai kawasan sentra Batik di Kota Solo dan sudah ada sejak zaman  kerajaan Pajang  tahunn 1546 M. [2]  Kawasan ini sempat meraih kejayaannya pada tahun  1970an . [1] Kampung Laweyan didesain dengan konsep terpadu, dengan memanfaatkan lahan seluas kurang lebih 24 ha yang terdiri dari 3 blok. [2] ...

Daerah Istimewa Yogyakarta - Merapi Tour

4 Disember 2014 (Khamis) Info : Gunung Merapi  adalah sebuah  gunung berapi  di  Jawa Tengah ,  Indonesia . Ia merupakan gunung berapi yang paling aktif di Indonesia dan telah meletus sebanyak 69 kali semenjak  1548 . Ia berdekatan dengan bandaraya  Yogyakarta , dan banyak penduduk tinggal di hilir gunung berapi berkenaan, dengan perkampungan paling tinggi 1700 m di atas  paras laut . Oleh kerana bahayanya kepada kawasan berpendudukan ini, ia telah dinamai sebagai satu  Gunung Berapi Dekad  ini. Gunung Merapi merupakan objek pendakian yang popular. Laluan paling umum dan dekat ialah dengan bermula dari kabupaten  Boyolali  ke arah Solo atau dari  Yogyakarta  atau juga dengan mudah dapat dijangkau dari kabupaten  Magelang . Selepas meletus pada tahun 2010, kawasan ini hampir kembali pulih dan menjadi kawasan pelancongan dengan menaiki Jeep ke beberapa kawasan yang telah terjejas akibat gempa tersebut. S...

Daerah Istimewa Yogyakarta - Keraton dan Taman Sari

5 Disember 2014 (Jumaat) Hentian seterusnya - Keraton dan Taman Sari. Malas pula mau menaip.. Jom kita copy paste dari Encik Google saja... ha!ha... Maaf ya... Keraton Ngayogyakarta Hadiningrat   atau   Keraton Yogyakarta   merupakan   istana   resmi   Kesultanan Ngayogyakarta Hadiningrat yang kini berlokasi di   Kota Yogyakarta ,   Daerah Istimewa Yogyakarta ,   Indonesia . Walaupun kesultanan tersebut secara resmi telah menjadi bagian   Republik Indonesia   pada tahun   1950 , kompleks bangunan keraton ini masih berfungsi sebagai tempat tinggal   sultan dan rumah tangga istananya yang masih menjalankan tradisi kesultanan hingga saat ini. Keraton ini kini juga merupakan salah satu objek wisata di Kota Yogyakarta. Sebagian kompleks keraton merupakan   museum   yang menyimpan berbagai koleksi milik kesultanan, termasuk berbagai pemberian dari raja-raja Eropa, replika pusaka keraton, dan   gamelan . Dari...