Skip to main content

JEJAK-JEJAK BUKITTINGGI, SUMATERA - Day 1

Day 1 - 19 Nov 2013 (Selasa)

Percutian ke Bukittinggi ini dirancang sejak Julai. Kenapa ke Bukittinggi? Kerana kalau ke Bandung memerlukan perbelanjaan membeli-belah yg tinggi, Jadi saya dan rakan2 (Kak Surayah, Kak Limah n Zana) bersepakat utk ke Bukittinggi dgn misi untuk menenangkan fikiran... bukan shopping.. ulang suara, bukan shopping.. he!he... benarkah?.. kita akan ketahui kemudian.. ha!ha

Ok.. intro jangan terlalu panjang.. Kami menaiki pesawat Uncle Tony pada jam 7.50 pagi. Sebenarnya kami sudah berada di LCCT pada jam 12 mlm kerana menaiki pesawat dari Sandakan - KL. Kami menginap (atau lebih sesuai "menumpang") di surau LCCT yg sangat padat dan sesak. Namun kami dapat jg melelapkan mata sejam 2 w.pun dalam kondisi yg tidak kondusif. Jam 5.30 am kami sudah berbaris utk check in dan kemudian bersarapan. Akibat terlalu lama bersarapan, kami menjadi orang terakhir yg menaiki pesawat (atau lebih tepat, hampir terlepas flight.. huhuhu)

Pesawat kami akhirnya tiba di bumi Minangkabau pada jam 8.50 am (waktu Malaysia) atau 7.50 am (waktu Indonesia). Urusan imigresen agak lambat kerana terdapat 2 kaunter sahaja. Keluar dari  balai ketibaan, kami disambut oleh Roni Hendra . Jika anda ingin menggunakan perkhidmatannya, boleh hubungi beliau di talian +6281363408670 atau fb Roni Hendra atau emel rooni_h80@yahoo.co.id. Sepanjang 4 hari, saya sangat berpuashati dengan perkhidmatannya kerana beliau sangat berpengetahuan dalam sejarah tempatan dan lucu... he!he..

Utk hari pertama, biar gambar2 di bawah berbicara...

Bersama Roni Hendra






















Kami menginap di Hotel Ambun Suri, Bukittinggi. Rate RM67 semalam. Kami ambil bilik yg tiada AC cz Bukittinggi memang sejuk.. burrrrr

1st day :
- Rumah Makan Lamun Ombak
- Pusat Dokumentasi Minangkabau
- Putri Minang Shopping Centre / Satu Karya / Toko Lindungan Bulan / Pandai Singkek / Oke Sulam / Yenie Bordir
- Check in Hotel Ambun Suri.

Comments

  1. Assalamuaikum.
    Salam dari minang kabau..yang di sebut dengan nama bukittinggi.salam kenal juga.saya arman di bukit tinggi.bergerak di bidang pelancongan.tour guide.dulu pernah bekerja dengan raun sumatra..saya nak tumpang iklan kat blog ini..kalau ada tuan dan puan nak datang bukittinggi.belum ada contact untuk uruskan.jangan risau.saya boleh bantu uruskan lawatan tuan dan puan.untu info nya boleh hubungi saya di talian...
    Call//sms//whatsapp.:+6285374176166
    FB: komen ajo.
    Email :armanpribadi123@gmail.com.

    terima kasih...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hatyai : Day 1 - Floating Market & Asean Night Market

Fuhhhhh..... setelah dua tahun blog ini tidak dikemaskini (update)... kena ingat balik kisah Hatyai 2 tahun lalu... ha!ha. (mari uji kekuatan ingatan!) Baiklah... selepas solat asar, kami keluar ke Floating Market. Sebab utama ke Hatyai ialah menjejaki floating market... tu pasal gigih ke sini pada hujung minggu. Untuk ke sini, kami telah deal dengan tuk2 yang kami naiki tadi. Kos dia kenakan kami ialah 150 bath (pergi balik) untuk 1 tuk2.. bukan ikut orang (per person). Sebenarnya lebih mudah kalau kita sewa pergi balik. Maka kita tidak perlu bersusah-payah mencari tuk2 untuk balik.  Apa yang ada di Floating Market?.. ok... bukan makan minum saja yang ada.. ada juga bazar jual pakaian dan cenderahati.. kebetulan kami datang masa hari jadi sultan Thailand, jadi banyak gerai jualan dibuka. Yang wajib makan di sini ialah aiskrim kelapa! Bukan runding harga tuk2.. tapi dorang sibuk tanya kedai dobi... ha!ha... driver tuk2 bingung nda faham maksud dobi Madam Suzanne ...

Pesta Bunga 2015

Memandangkan belum ada catatan perjalanan, hari ini kongsi catatan pesta bunga. Jom tengok gambar!!.... Opps lupa.... Pesta Bunga ini berlangsung pada 14 - 16 Ogos di Taman Pertanian Lagut Seberang, Tenom.

Daerah Istimewa Yogyakarta - Wisata Kaos Raksasa Terbesar di Indonesia

3 Disember 2014 (Rabu) Selepas makan petang (makan tengahari yang terlajak lambat), kami pun menuju ke sebuah tempat menghasilkan kaos (T-Shirt) di Sleman, Jogja. Perbezaan T-shirt di sini berbanding dengan T-shirt yang dijual di Malioboro ialah kualitinya sangat bangus. Saya bagi 5 bintang.. ha!ha.. Kain pun sedap ja dipakai. Harga kaos bergantung kepada saiz. semakin besar saiz, semakin mahal harganya. Pusat ini menghasilkan ribuan T--Shirt yang akan diedarkan kepada pemborong untuk dijual di tempat lain. Tempat ini agak tersorok, harus menaiki mobil ke sana. Mereka juga boleh dihubungi di website  http://www.jogjatshirt.com/ Foto Ihsan Google Foto Ihsan Google Foto Ihsan Google Okey... jom balik hotel...