Skip to main content

JEJAK-JEJAK BUKITTINGGI, SUMATERA - DAY 3 & 4

21 Nov 2013 (Khamis)

Hari nie kami akan meninggalkan Kota Bukittinggi kerana kami akan menginap di Padang pada malam ini. Flight kami ke Kuala Lumpur esok ialah pada jam 8.50 pagi WIB. Jadi kena bermalam di Padang cz airportnya di Padang. Sebelum bertolak, kami ke Pasar Atas dulu... dekat saja dengan Hotel Ambun Suri.. jalan kaki 5 minit.. tapi kami ingatkan jauh, jadi kami naik Angkut... ha!ha!... bolehlah 2 ribu rp...  Pasar Atas nie luas, bukan sekadar pasar. Kawasan Jam Gadang juga termasuk dalam kawasan Pasar Atas. Di Pasar Atas sempat shopping jubah 2 helai dan T.Shirt Bukittinggi utk ole2 keluarga yg ditinggalkan di Malaysia... he!he!..


Pasar Atas



Kemudian, kami bertolak ke Danau Maninjau.. melalui Keluk 44.. jalan yang sangat sempit dan berliku-liku ibarat jalan ke Kundasang, Sabah. Tapi Pak Fendi sangat berpengalaman dan kami tiba di kawasan tersebut tanpa ada yang termuntah... ha!ha.... tapi kami hanya sampai di Keluk 37 sahaja cz ada ahli rombongan yang sudah berasa pening2 lalat.

Keluk 37
Danau Maninjau dari kejauhan
Kupi2 dulu... Minuman ini ditaja oleh Roni.. Terima Kasih




Sekilas Info : 

Tasik Maninjau (Danau Maninjau) ialah sebuah tasik kaldera di Agam, Sumatera Barat, Indonesia. Letaknya 16 km di barat Bukittinggi.Danau Maninjau yang indah ini adalah salah satu yang terhening di Indonesia. Dengan seluas 100 m², danau ini merupakan kejaiban alam yang luar biasa dan tempat yang tepat untuk menenangkan diri dan menikmati suasana hidup yang tenang. Datanglah ke danau kuno ini untuk melarikan diri Anda dari kesibukan dan keramaian kota. Danau Maninjau mempunyai pemandangan yang sangat indah bertengger di perbukitan setinggi 461 meter di atas permukaan laut. Ramai pelancong terutama dari Malaysia berkunjung ke sini untuk melihat sendiri keindahan suasana pergunungan dan kebersihan air di Tasik Maninjau. Terdapat juga aktiviti paragliding di sini. Di sinilah tempat kelahiran ulama tersohor, Hamka. Museum Rumah Kelahiran Buya Hamka terletak di sini.

.......................................................................................................................................................

Kami meneruskan perjalanan ke Padang kerana akan menginap di sana pada hari ini. Penerbangan kami esok ialah jam 7.30 pagi... awal tu... ha!ha

Menginap di Sriwijaya Hotel (booking thru Agoda) - bilik sangat besar (muat 6 orang)


Petang tu Roni membawa kami melihat bandar Padang dan pesisir pantainya. Banyak perlu dilakukan untuk menaiktaraf dan mengekalkan kebersihan pantai yg ada di sana. Semoga pemerintah dapat melihat masalah ini kerana ramai pelancong datang ke Padang. Malam tu kami dinner murtabak mesir lagi (macam ketagih pula.. he!he). Pastu ke kompleks membeli belah yang terdapat di Padang iaitu Ramayana. Kemudian balik ke hotel, kemas barang dan termenung kerana takut berat bagasi yg berlebihan, bak kata Roni, beg kami bukan lagi beranak.. tapi bercucu... ha!ha. Sebenarnya had bagasi kami ialah 105kg. Timbang guna penimbang digital yg saya bawa, melebihi pula 105 kg. Terus semua bingung & x dapat tidur memikir macam mana mau mengurangkan berat bagasi. Alhamdulillah, esoknya ketika tiba di bandara, berat bagasi kami 75kg ja. Jadi siapa yg salah?.. nie penimbang digital tu yg empunya angkara... rasa mau buang ja dari Jambatan Siti Nurbaya... ha!ha!


Sebelum berangkat ke bandara - Roni macam sedih ja... jgn sedih... nanti kami datang lagi... ha!ha!

................................................................................................................................................

Sekian dulu entry untuk Percutian ke Bukittinggi... andai diberi kesempatan, saya pasti akan datang semula ke tempat ini. 
Salam dari Ranah Minang...

Comments

Popular posts from this blog

Hatyai : Day 1 - Floating Market & Asean Night Market

Fuhhhhh..... setelah dua tahun blog ini tidak dikemaskini (update)... kena ingat balik kisah Hatyai 2 tahun lalu... ha!ha. (mari uji kekuatan ingatan!) Baiklah... selepas solat asar, kami keluar ke Floating Market. Sebab utama ke Hatyai ialah menjejaki floating market... tu pasal gigih ke sini pada hujung minggu. Untuk ke sini, kami telah deal dengan tuk2 yang kami naiki tadi. Kos dia kenakan kami ialah 150 bath (pergi balik) untuk 1 tuk2.. bukan ikut orang (per person). Sebenarnya lebih mudah kalau kita sewa pergi balik. Maka kita tidak perlu bersusah-payah mencari tuk2 untuk balik.  Apa yang ada di Floating Market?.. ok... bukan makan minum saja yang ada.. ada juga bazar jual pakaian dan cenderahati.. kebetulan kami datang masa hari jadi sultan Thailand, jadi banyak gerai jualan dibuka. Yang wajib makan di sini ialah aiskrim kelapa! Bukan runding harga tuk2.. tapi dorang sibuk tanya kedai dobi... ha!ha... driver tuk2 bingung nda faham maksud dobi Madam Suzanne ...

Pesta Bunga 2015

Memandangkan belum ada catatan perjalanan, hari ini kongsi catatan pesta bunga. Jom tengok gambar!!.... Opps lupa.... Pesta Bunga ini berlangsung pada 14 - 16 Ogos di Taman Pertanian Lagut Seberang, Tenom.

Daerah Istimewa Yogyakarta - Wisata Kaos Raksasa Terbesar di Indonesia

3 Disember 2014 (Rabu) Selepas makan petang (makan tengahari yang terlajak lambat), kami pun menuju ke sebuah tempat menghasilkan kaos (T-Shirt) di Sleman, Jogja. Perbezaan T-shirt di sini berbanding dengan T-shirt yang dijual di Malioboro ialah kualitinya sangat bangus. Saya bagi 5 bintang.. ha!ha.. Kain pun sedap ja dipakai. Harga kaos bergantung kepada saiz. semakin besar saiz, semakin mahal harganya. Pusat ini menghasilkan ribuan T--Shirt yang akan diedarkan kepada pemborong untuk dijual di tempat lain. Tempat ini agak tersorok, harus menaiki mobil ke sana. Mereka juga boleh dihubungi di website  http://www.jogjatshirt.com/ Foto Ihsan Google Foto Ihsan Google Foto Ihsan Google Okey... jom balik hotel...