Skip to main content

SEKADAR SEBUAH KENANGAN

Perjalanan Terakhir Seorang Sahabat

(kutujukan kepada seorang sahabat yang tidak dapat berada di sisi kami ketika saat-saat getir ini kami tempuhi)


18 Okt 2011 (Selasa)
Saya menerima perkhabaran kemalangan yang menimpa seorang sahabat, Yonti daripada Kak Tim pada jam 4.00 pm. Kemalangan tersebut terjadi di Batu 17 ketika beliau pulang dari sekolah. Saya dan Zana bergegas ke hospital dan tanpa dirancang kami memakai tudung yang sama (agak lucu juga). Setelah menanti lebih daripada 1 jam di luar Wad Kecemasan, akhirnya saya, Zana, Baya, Pn Kamisah dan Kak Ita dibenarkan melawat secara bergilir-gilir. Ketika bertemu dengan Yonti yang terbaring di atas katil, dia kelihatan sangat tidak berdaya. Wajahnya sangat pucat, mungkin masih trauma dan terkejut. Dia mengadu mengalami kesakitan di bahagian perut sehingga menyukarkan pergerakannya. Saya melihat ada calar di perutnya (berhampiran pinggang) yang disebabkan terjerut tali pinggang kaledar. Beliau tidak mahu memaklumkan kejadian ini kepada keluarganya kerana tidak mahu membimbangkan mereka. Kemudian jururawat membawanya ke Bilik x-Ray dan kami pun pulang ke rumah kerana mungkin dia akan dimasukkan ke wad. Pada jam 7.30 pm, Baya memberitahu saya bahawa Yonti dibenarkan pulang ke rumah kerana doktor mendapati tidak ada tulangnya yang patah. Saya sangat terkejut, kerana melihat kepada kondisinya saya menjangkakan bahawa beliau akan bermalam di hospital untuk rawatan lanjut kerana tidak berupaya berjalan. Beliau pulang dengan memakai baju hospital dan hanya diberi ubat tahan sakit.

19 Okt 2011 (Rabu)
Saya dan Zana melawat Yonti di rumahnya sekitar jam 3.00 pm. Sahabat-sahabat lain seperti Kak Tim dan Baya sudah tiba lebih awal. Saya bercadang untuk singgah sebentar sahaja lantaran kepala mulai migrain. Namun, Baya meminta saya dan Zana menggantikan mereka untuk menjaga Yonti kerana rakan serumahnya (Cashine) telah pergi ke hospital untuk menguruskan surat sakitnya (pihak hospital tidak memberinya MC sebelum ini walaupun beliau tidak mampu bergerak tanpa bantuan). Sebelum kedatangan Baya dan Kak Tim, Yonti dijaga oleh Cashine yang sanggup mengambil Cuti Rehat Khas pada hari itu. Saya berasa serba salah kerana kepala semakin berdenyut, namun demi sahabat saya menerima sahaja . Kami berbual agak lama pada petang itu. Yonti menceritakan detik-detik kemalangan itu. Malah dia sempat ketawa apabila teringat kejadian saya dan Zana memakai tudung yang sama ketika melawatnya di hospital.
Kemudian kami didatangi oleh teman yang lain iaitu kak Siah, Hassan dan Syahril. Kak Siah sempat bertanya kepada Yonti kenapa beliau tidak memarahi individu yang melanggar keretanya ketika mereka sama-sama berada di dalam ambulans. Beliau memaklumkan bahawa dia tidak sanggup memarahinya kerana orang tersebut juga ditimpa musibah iaitu isterinya mengalami keguguran dan dimasukkan ke hospital. Dia baru pulang dari hospital ketika kemalangan itu berlaku dan beliau mengakui bahawa beliau mengantuk ketika memandu.
Pada ketika ini, keadaan Yonti sangat merisaukan. Beliau tidak mampu duduk atau bangun. Dia hanya terbaring di sofa kerana perutnya sangat sakit. Dia juga tidak boleh makan kerana akan memuntahkan makanan itu semula. Malah beliau tidak dapat memakai seluar kerana pinggangnya sangat sakit jika terkena getah seluar. Bayangkan kecederaan yang dialaminya dan doktor masih menganggap tiada kecederaan! Saya dan Zana berasa sangat kesal dengan tindakan pihak hospital dan menasihati agar Yonti pergi membuat pemeriksaan (scan) di klinik swasta. Kami juga mencadangkan agar beliau pergi berurut apabila sudah sembuh kerana kami beranggapan perutnya sakit akibat hentakan. Dia juga mengadu mengalami kesakitan apabila membuang air kecil.

20 Okt 2011 (Khamis)
Saya tidak berkesempatan melawatnya pada hari ini kerana berada di sekolah sehingga jam 5 pm. Baya menjaganya di rumah sejak pagi, sementara menanti kakak Yonti tiba dari kampung. Syukurlah kerana pada saat-saat ini masih ada sahabat yang sanggup berkorban. Baya memaklumkan bahawa Yonti muntah dengan banyak pada hari ini. Saya tidak putus-putus berdoa agar beliau sembuh dan dilepaskan daripada musibah ini. (ketika ini kami masih tidak mengetahui bahawa muntah itu merupakan petanda berlakunya kecederaan dalaman)

21 Okt 2011 ( Jumaat)
Saya sekali lagi dikejutkan dengan perkhabaran bahawa Yonti akan dibedah pada jam 10.30 am. Saya dimaklumkan bahawa beliau ke hospital (dihantar oleh Jumina) pada jam 6.30 pg kerana muntah yang teruk. Akhirnya doktor melakukan x-Ray dan mendapati terdapat luka pada hatinya, pundi kencing pecah dan kebocoran pada usus. Dia harus dibedah dengan segera untuk mengelak jangkitan kuman. Dia selamat dibedah dan selesai pada jam 2.30 pm. Saya tidak melawatnya pada hari ini kerana beliau masih tidak sedarkan diri selepas dibius.

22 Okt 2011 (Sabtu)
Saya ingin melawatnya pada hari ini, tetapi teman-teman memaklumkan bahawa dia masih tidak sedarkan diri. Mereka menasihati agar saya datang pada hari esok kerana beliau dijangka akan sedar esok. Keluarganya telah tiba dari kampung. Saya menitipkan doa untuknya. Semoga beliau tetap kuat dan tabah.

23 Okt 2011 (Ahad)
Saya, Zana dan Kak Surayah ke hospital. Oleh sebab beliau masih di wad ICU, hanya 2 orang sahaja yang dibenarkan melawat. Saya hampir tidak mengenalinya. Beliau hanya dibaluti selimut sehingga paras dada tanpa pakaian kerana di badannya penuh dengan wayar (atau mungkin yang lebih tepat ialah hos-hos kecil) – di dada, perut dan hidung. Saya sempat berbisik dengan Zana, jika beliau sedar pasti beliau tidak mahu dilihat oleh pelawat yang bukan muhrim dalam keadaan begini. Saya tahu bahawa beliau sangat menjaga auratnya. Kami dimaklumkan bahawa doktor berasa hairan kerana beliau masih tidak sedarkan diri sehingga hari ini. Jururawat memberitahu bahawa Yoni dapat mendengar suara kami dan meminta kami berkomunikasi dengannya. Saya kehilangan kata. Hanya berdiri dengan pandangan kosong. Airmata sukar dibendung, tetapi andai kami menangis, dia juga pasti kehilangan ketabahan.
Kami membisikkan kata-kata semangat dan mengusap lembut tangannya. Ketika kami membisikkan di telinganya bahawa kami ingin pulang, dia memberi reaksi seperti berusaha membuka matanya walaupun kelihatan sangat sukar. Ada rembesan air mata di hujung matanya. Saya sudah tidak sanggup melihatnya. Namun saya memuji ketenangan dan ketabahan ahli keluarganya. Mereka redha atas musibah ini. Saya berasa kasihan kerana mereka datang dari kampung dengan menaiki bas selama 6 jam. Malah Yonti ialah tunjang keluarga.

24 Okt 2011 (Isnin)
Saya mengunjunginya pada jam 4.30 pm. Ramai muridnya yang datang menziarah. Saya bertemu dengan Pn. Kamisah dan kami berpelukan diselangi dengan tangisan. Inilah dugaan yang paling berat sepanjang saya berada di perantauan. Keadaan beliau masih sama. Hanya monitor sahaja yang bergerak, tetapi badannya masih tidak menunjukkan tindak balas.

25 Okt 2011 (Selasa)
Keadaannya masih sama. Semoga Allah s.w.t masih memberinya peluang. Ketika berdiri di sisi katilnya, ayahnya datang dan berkata, “ Nak.. bangun nak..kawan-kawanmu semua ada di sini. Semua mahu tengok kau bangun.. bangunlah nak.”(sambil mengusap bahu anaknya). Ada air mata pada wajah tua itu dan saya tidak sanggup melihatnya.

26 Okt 2911 (Rabu)
Lawatan kali ini mengejutkan saya. Tahap kesihatan beliau semakin merosot. Saya terkejut melihat matanya ditutup dengan kapas dan ada tiub dimasukkan ke dalam mulutnya. Keluarganya memaklumkan kepada saya bahawa beliau terpaksa diberikan ubat yang lebih kuat. Seorang jururawat datang menemui saya dan meminta agar kami membacakan surah Yassin. Saya lantas keluar dan menemui Ust Kadir (yang berada di luar) untuk memberitahu pesanan jururawat itu tadi. Saya menemani Ust Kadir ketika dia membacakan surah Yassin. Sewaktu surah Yassin berkumandang, Yonti memberi tindak balas dengan mengangkat kakinya. Benarlah ayat al-Quran itu mempunyai keajaiban dan penawar paling mujarab. Ust. Kadir memberitahu bahawa bacaan pada monitor menunjukkan bahawa tekanan darahnya semakin stabil. Saya bersyukur kerana inilah perkembangan positif yang kami nantikan selama ini.

27 Okt 2011 (Khamis)
Bilangan pelawat semakin ramai pada hari ini kerana doktor memaklumkan bahawa keadaannya semakin kritikal. Abangnya memberitahu saya bahawa buah pinggangnya sudah tidak berfungsi, yang menyebabkan badannya membengkak kerana air dalam badan tidak dapat dikeluarkan. Pada jam 6 pm, para pelawat telah pun beransur pulang. Zana dan Baya pula baru tiba setelah saya memaklumkan kepada mereka bahawa keadaan Yonti semakin kritikal. Kami berbual-bual bersama Kak CT dan suami yang menceritakan pengalaman mereka pergi ke tempat kejadian kemalangan tadi atas urusan tertentu. Teman-teman lain iaitu Roslan, Salleh, Mawardi, Jahiri dan Shahril pula solat Maghrib berjemaah dan membacakan surah Yassin di bilik solat Wad ICU. Kami ingin pulang, tetapi hati terasa berat meninggalkannya. Namun akhirnya kami pulang juga hampir jam 8 mlm.
Ketika tiba di rumah, saya menerima panggilan telefon daripada Baya. Panggilan yang sangat saya takuti selama ini. Baya memaklumkan bahawa Yonti telah meninggalkan kami pada jam 8.30 malam. Saya bergegas ke hospital bersama suami. Kami disambut dengan linangan airmata. Saya masuk ke Wad ICU dan dibenarkan melawat jenazah sebelum dibersihkan oleh jururawat. Saya mengumpul segenap kekuatan dan melihat jururawat menanggalkan semua peralatan hospital yang terdapat pada badan arwah. Benarlah sahabat saya sudah tiada. Dia sudah meninggalkan kami. Yang tinggal hanyalah jasad yang kosong. Saya berdiri merenungnya tanpa sebarang kata. Saya merelakan pemergiannya kerana inilah yang terbaik untuknya.
Di luar bilik, para sahabat dan murid telah tiba. Ayahnya menemui kami dan menghulurkan salam. Dalam esak tangisnya, beliau mengucapkan terima kasih dan meminta agar dihalalkan segala makan minum anaknya. Ketika kami dipanggil oleh jururawat untuk memberi penghormatan terakhir, airmata ternyata tidak mahu berhenti mengalir. Wajah allahyarhamah sangat tenang. Syukurlah segala urusan penghantaran jenazah dipermudah dan dihantar ke kampung halamannya pada malam itu juga, sekitar jam 11 malam dan kosnya dibiayai oleh sumbangan ikhlas para sahabat dan pelajarnya. Hanya ini yang dapat kami lakukan untukmu sahabat, lantaran kami tidak dapat bersamamu pada hari persemadianmu. Kami mengiringi pemergiannya dengan hati yang bercampur baur kerana inilah pertemuan terakhir kami di dunia ini.
Jenazahnya tiba di kampung halaman pada jam 3.00 pagi dan dikebumikan di bawah sebatang pokok pada jam 11 pagi (diceritakan oleh sepupunya kepada saya). Semua kenangan menerpa di ruang ingatan. Meski mulut mengikhlaskan pemergiannya, tetapi hati seperti berkata tidak. Kami semua berpelukan lagi sebelum pulang ke rumah pada malam itu, kerana kami menyedari bahawa pertemuan hari ini mungkin tidak akan berulang pada esok hari. Hargailah masa yang ada sebelum Allah s.w.t menariknya daripada kita semua.

28 Okt 2011 (Jumaat)
Kami (saya, Zana, Umie, Tim, Baya dan Kak Ita) berkumpul sekali lagi di rumah sewa arwah pada jam 12 tgh untuk menguruskan penghantaran barang-barang arwah ke kampungnya. Syukurlah kerana Allah s.w.t mempermudah urusan ini kerana barang-barang arwah sudah dimasukkan ke dalam kotak dan beg sebelum dia mengalami kemalangan. Masih terngiang-ngiang kata-katanya, ketika saya melawatnya di rumah, bahawa dia menyimpan semua barangnya di dalam kotak untuk memudahkan barang-barang itu dihantar ke kampung. Ternyata dia telah mempersiapkan semuanya. Saya juga teringat kata-katanya ketika kami berhari raya bersama pada tahun ini, iaitu ketika saya bertanya kenapa dia berpindah rumah. Katanya, “Kak.. aku mahu cari rumah sewa kosong dan tinggal seorang diri supaya senang kaluarga datang melawat”. Akhirnya beliau ternyata seorang diri di alam sana.
Peristiwa yang menimpa sahabat saya ini mengingatkan saya bahawa mati itu pasti, hanya menunggu saatnya sahaja. Memang arwah telah pergi, tetapi dia hidup dalam hati kami.

AL FATIHAH...........



Comments

Popular posts from this blog

Hatyai : Day 1 - Floating Market & Asean Night Market

Fuhhhhh..... setelah dua tahun blog ini tidak dikemaskini (update)... kena ingat balik kisah Hatyai 2 tahun lalu... ha!ha. (mari uji kekuatan ingatan!) Baiklah... selepas solat asar, kami keluar ke Floating Market. Sebab utama ke Hatyai ialah menjejaki floating market... tu pasal gigih ke sini pada hujung minggu. Untuk ke sini, kami telah deal dengan tuk2 yang kami naiki tadi. Kos dia kenakan kami ialah 150 bath (pergi balik) untuk 1 tuk2.. bukan ikut orang (per person). Sebenarnya lebih mudah kalau kita sewa pergi balik. Maka kita tidak perlu bersusah-payah mencari tuk2 untuk balik.  Apa yang ada di Floating Market?.. ok... bukan makan minum saja yang ada.. ada juga bazar jual pakaian dan cenderahati.. kebetulan kami datang masa hari jadi sultan Thailand, jadi banyak gerai jualan dibuka. Yang wajib makan di sini ialah aiskrim kelapa! Bukan runding harga tuk2.. tapi dorang sibuk tanya kedai dobi... ha!ha... driver tuk2 bingung nda faham maksud dobi Madam Suzanne ...

Daerah Istimewa Yogyakarta - Keraton dan Taman Sari

5 Disember 2014 (Jumaat) Hentian seterusnya - Keraton dan Taman Sari. Malas pula mau menaip.. Jom kita copy paste dari Encik Google saja... ha!ha... Maaf ya... Keraton Ngayogyakarta Hadiningrat   atau   Keraton Yogyakarta   merupakan   istana   resmi   Kesultanan Ngayogyakarta Hadiningrat yang kini berlokasi di   Kota Yogyakarta ,   Daerah Istimewa Yogyakarta ,   Indonesia . Walaupun kesultanan tersebut secara resmi telah menjadi bagian   Republik Indonesia   pada tahun   1950 , kompleks bangunan keraton ini masih berfungsi sebagai tempat tinggal   sultan dan rumah tangga istananya yang masih menjalankan tradisi kesultanan hingga saat ini. Keraton ini kini juga merupakan salah satu objek wisata di Kota Yogyakarta. Sebagian kompleks keraton merupakan   museum   yang menyimpan berbagai koleksi milik kesultanan, termasuk berbagai pemberian dari raja-raja Eropa, replika pusaka keraton, dan   gamelan . Dari...

Cerita Tertunggak : Hatyai Day 1 : KL Sentral - Hatyai by KTM

Assalamualaikum.... hai semua....  Maaf kerana ini ialah cerita yang tertunggak. Cerita Disember 2015 yang diceritakan semula pada tahun 2016.. ha!ha... Bukan kerana kesibukan untuk menulis.. cuma kadang kala terlupa untuk menulis. Saya mulakan kisah perjalanan ke Hatyai dengan pembelian tiket KTM sebulan sebelum perjalanan. Oleh sebab saya tinggal di Sabah, maka pembeliah tiket hanya dapat dilakukan melalui sistem atas talian (online). Tiket pula hanya boleh dibeli sebulan sebelum tarikh perjalanan. Maka jam 8 pagi saya sudah bersedia untuk berjuang membeli tiket.. ha!ha.. haruslah berjuang awal coz kami mahu membeli tiket yang berkatil. Maklumlah perjalanan hampir 12 jam.. pastilah kejang otot kaki kalau duduk saja selama 12 jam. Namun, ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya jerebu di tengah hari. Pembayaran mengalami masalah cz kena guna kad kredit dan internet banking BSN saja. Kenapalah bukan cimbclicks...Jadi lepas sekolah (eh.. masih sekolah?.. kah cikgu sekol...