Skip to main content

Kadang-kadang Kita Tidak Ditakdirkan

Beberapa hari lalu saya menonton sitkom Barat, “The Golden Girls”. Sebuah sitkom era 70-an berkisarkan hidup 4 orang warga emas yang duduk di bawah satu bumbung. Namun bukan jalan cerita sitkom tersebut yang menarik perhatian saya. Saya lebih tertarik dengan petikan dialog Sophia yang memberi nasihat mengenai jodoh yang tidak kesampaian dengan berkata, “Kadang-kadang kita tidak ditakdirkan...”. Saya mengakui kata-kata tersebut. Kita acapkali beranggapan insan yang bertakhta dalam hati kita merupakan takdir kita. Kadang kala kita seperti memaksa takdir itu tiba ke arah kita. Maka apabila takdir itu tidak seperti yang kita impikan, kita seperti dilambung ombak di tengah Lautan Hindi, terkapai-kapai di dalam lautan yang kita cipta sendiri. Betapa besarnya kuasa cinta sehingga kita berkawan dan bermusuh dengan takdir.

Saya teringat kisah seorang sahabat ketika alam persekolahan. Beliau (Aya – bukan nama sebenar) bersahabat dengan seorang lelaki yang saya gelarkan Azam (juga bukan nama sebenar). Persahabatan tersebut bermula seawal umur mereka 9 tahun. Faktor penghijrahan ahli keluarga memaksa persahabatan tersebut hilang di tengah jalan. 9 tahun berlalu. Akhirnya titik pertemuan itu tiba jua. Saya masih teringat ketika hari pertama mereka dipertemukan semula. Ketika itu kami masih di bangku sekolah. Azam muncul di kelas kami sebagai pelajar yang baharu berpindah dari sekolah lain. Kekagetan pada wajah Aya masih belum dapat saya lupakan. Mereka tertawa sesama sendiri kerana akhirnya bertemu ketika masing-masing sudah menginjak remaja. Selepas hari itu, persahabatan tersebut mulai mekar. Mereka sering bersama atas dasar persahabatan. Namun tulisan kehidupan ini kadang kala aneh. Aya juga seperti remaja lain. Siapa menyangka akhirnya hatinya berpaut dengan seorang pelajar lain. Kisah cinta alam remaja tersebut bergerak mengikut peredaran masa. Persahabatan Aya dengan Azam juga semakin erat. Ternyata cinta tidak menghalang sebuah persahabatan.

Tahun demi tahun berlalu, bumi mana yang tidak ditimpa hujan, begitulah juga kisah cinta Aya. Cintanya terputus ketika kami di menara gading. Benarlah jarak boleh menjadi dekat, tetapi hati mungkin semakin menjauh. Aya terpuruk setelah perpisahan tersebut. Saya melihatnya dengan hati yang berbaur-baur. Namun dalam keadaan getir ini, Azam setia menasihatinya meskipun terpisah oleh lautan. Azam mungkin sumber kekuatannya. Selepas perpisahan tersebut, hati Aya diketuk oleh hati-hati lain. Namun takdirnya bukan di situ. Tahun demi tahun berlalu. Kami meninggalkan alam menara gading dan mula membina kehidupan dalam alam pekerjaan.


Sejujurnya saya tidak pasti bila kisah tersebut bermula. Malah saya sangat terkejut apabila Aya memberitahu bahawa hubungan persahabatannya dengan Azam memasuki fasa yang lebih serius. Dalam terkejut, saya sebenarnya bersyukur apabila Aya memilih orang yang tepat kerana persahabatan mereka terlalu sukar untuk digambarkan. Malah kadang kala mereka seperti bersaudara. Dua tahun berlalu... akhirnya saya menerima khabar bahawa kisah cinta ibarat Filem Kuch-Kuch Hota Hai itu tidak mempunyai pengakhiran seperti filem tersebut. Hubungan mereka tidak menemui takdirnya. Perpisahan tersebut menghancurkan kedua hati. Mereka membawa haluan masing-masing. Enggan menghubungi antara satu sama lain. Enggan berhubung melalui media sosial. Enggan bertemu dalam majlis perjumpaan rakan persekolahan. Mereka seperti musuh yang tidak boleh duduk semeja. Betapa persahabatan bertahun-tahun musnah oleh sebuah perpisahan dalam percintaan. Murninya ikatan persahabatan. Kenapa harus dipijak oleh amarah dan ego yang tidak bertepian?. Sehingga ke hari ini, hubungan persahabatan tersebut tidak dapat saya tautkan. Mulut boleh berkata manis, tetapi hati mungkin menidakkannya. Benarlah kadang-kadang kita tidak ditakdirkan...................


*************************************************************************
 Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun , dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.



Comments

Popular posts from this blog

Hatyai : Day 1 - Floating Market & Asean Night Market

Fuhhhhh..... setelah dua tahun blog ini tidak dikemaskini (update)... kena ingat balik kisah Hatyai 2 tahun lalu... ha!ha. (mari uji kekuatan ingatan!) Baiklah... selepas solat asar, kami keluar ke Floating Market. Sebab utama ke Hatyai ialah menjejaki floating market... tu pasal gigih ke sini pada hujung minggu. Untuk ke sini, kami telah deal dengan tuk2 yang kami naiki tadi. Kos dia kenakan kami ialah 150 bath (pergi balik) untuk 1 tuk2.. bukan ikut orang (per person). Sebenarnya lebih mudah kalau kita sewa pergi balik. Maka kita tidak perlu bersusah-payah mencari tuk2 untuk balik.  Apa yang ada di Floating Market?.. ok... bukan makan minum saja yang ada.. ada juga bazar jual pakaian dan cenderahati.. kebetulan kami datang masa hari jadi sultan Thailand, jadi banyak gerai jualan dibuka. Yang wajib makan di sini ialah aiskrim kelapa! Bukan runding harga tuk2.. tapi dorang sibuk tanya kedai dobi... ha!ha... driver tuk2 bingung nda faham maksud dobi Madam Suzanne ...

Daerah Istimewa Yogyakarta - Candi Borobudur

4  Disember 2014 (Khamis) Pagi ini kami ke Candi Borobudur. Kalau zaman sekolah dulu selalu terbaca pasal candi ini di buku teks Sejarah, sekarang mau tengok secara langsung pula. Bayaran masuk candi ini bagi pelancong antarabangsa ialah Rp240,000 (RM67). Kadar ini sentiasa meningkat mengikut kenaikan dollar. Memang agak mahal dibandingkan dengan warga tempatan yang hanya perlu membayar Rp30,000 (RM8) sahaja. Nampak kan jurang yang ketara. Bolehlah juga dapat murah kalau menyamar jadi warga tempatan... ha!ha.. Memetik kata-kata Mas Ari, " kok ibu mau bayar mahal2 untuk liat batu ?"... ha!ha... betul juga... tapi ini bukan sebarang batu... bukan batu sungai atau batu jalan raya yang sering ditendang. Anggaplah pengalaman tidak boleh dibeli dengan wang ringgit... ha!ha....  (p/s : Sepatutnya lepas ini kami mau Candi Parambanan, tapi memandangkan bayaran masuknya hampir sama dengan Candi Borobudur, terus x jadilah... ha!ha!... eh.. bukan pengalaman tidak boleh dibeli de...

Daerah Istimewa Yogyakarta - Pasar Beringharjo

5 Disember 2014 (Jumaat) Untuk hari ini kami tidak lagi menggunakan perkhidmatan Mas Ari ( sedih kerana tidak dapat meneruskan perjalanan dengan Mas Ari yang sangat baik ). Hal ini kerana awalnya kami memang bercadang untuk menggunakan travel guide + mobil selama 2 hari saja. Kononnya hari ini kami bergerak sendiri ke beberapa tempat. Tapi seminggu sebelum ke Jogja, tiba2 rasa malas pula mau bergerak sendiri... malas berjalan.. Jadi gigihlah mencari travel guide cz kami booking mobil dari hotel untuk 2 hari saja. Akhirnya dapat juga mobil + driver untuk hari ini. Guide kami pada hari ini ialah Mas Jitho. Dia nie freelance, tapi saya menempah mobil ini melalui Namikulo Fajar (boss kali.. ha!ha). Orangnya baik, cuma agak pemalu... tapi pandai juga bercanda sekali-sekala... ha!ha... Dia nie minat lagu disco dangdut cz seharian kami dengar lagu disco dangdut saja dalam kereta. Kalau kami menggunakan khidmatnya selama 7 hari, mungkin kami boleh menyanyi ala Goyang Inul... ha!ha... M...