Kisahnya bermula 17 tahun yang lalu ketika kami dalam alam persekolahan. Saya mempelajari dan mengenali banyak perkara ketika usia 18 tahun. Akhirnya saya menyedari bahawa kehidupan dalam alam persekolahan bukan berkisar tentang buku dan nota semata-mata. Pengalaman itu mendewasakan saya meski akhirnya berakhir dengan kedukaan. Kami meneruskan kehidupan di universiti dengan cabaran yang berlainan... dan pertemuan itu menemui titik akhir 5 tahun kemudian. Namun siapa menyangka... Allah swt merancang agar pertemuan itu berlaku semula meski harus menunggu 12 tahun kemudian. dalam suasana dan status yg berbeza.
Fuhhhhh..... setelah dua tahun blog ini tidak dikemaskini (update)... kena ingat balik kisah Hatyai 2 tahun lalu... ha!ha. (mari uji kekuatan ingatan!) Baiklah... selepas solat asar, kami keluar ke Floating Market. Sebab utama ke Hatyai ialah menjejaki floating market... tu pasal gigih ke sini pada hujung minggu. Untuk ke sini, kami telah deal dengan tuk2 yang kami naiki tadi. Kos dia kenakan kami ialah 150 bath (pergi balik) untuk 1 tuk2.. bukan ikut orang (per person). Sebenarnya lebih mudah kalau kita sewa pergi balik. Maka kita tidak perlu bersusah-payah mencari tuk2 untuk balik. Apa yang ada di Floating Market?.. ok... bukan makan minum saja yang ada.. ada juga bazar jual pakaian dan cenderahati.. kebetulan kami datang masa hari jadi sultan Thailand, jadi banyak gerai jualan dibuka. Yang wajib makan di sini ialah aiskrim kelapa! Bukan runding harga tuk2.. tapi dorang sibuk tanya kedai dobi... ha!ha... driver tuk2 bingung nda faham maksud dobi Madam Suzanne ...
Comments
Post a Comment