Skip to main content

Posts

Selamat Menyambut Awal Muharram 1435.

Maal bermaksud "bersama". Maal Hijrah pula bermaksud "bersama berhijrah" atau  "bersama hayati hijrah" Oleh itu, hijrah haruslah difahami sebagai berpindah dari suatu keadaan yang tidak baik kepada keadaan yang lebih baik.  "Dan setiap manusia mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatkan sesaat pun". (154;34, Al-A'raf) Abu Hurairah r.a berkata, "Setiap kali datangnya tahun baru, membuat aku risau dan resah kerana semakin singkat umurku, semakin dekatnya ajalku, semakin tipisnya waktu pengampunan Allah terhadapku, dan semakin dekatnya hari perhitunganku". "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang pada diri mereka" QS AR-RA'D:11

ERTI SEBUAH KEHIDUPAN

Kehidupan tidak selalu indah, meskipun keindahan tidak pernah sirna.  Kehidupan juga tidak selalu dipayungi kegembiraan kerana kadang kala kesedihan tidak pernah jemu datang bertandang.  Kehidupan juga sering disapa derita, namun jangan menidakkan bahagia.  Kehidupan umpama langit yang tidak selalu cerah.  Ketika berbicara soal kehidupan, sebuah peristiwa menyedarkan saya betapa beruntungnya saya berbanding orang lain, kerana betapa besarnya dugaan yang datang menerpa, masih ada insan lain yang diuji dengan dugaan yang lebih berat. Kisah seorang wanita bernama Yvonne Foong yang menjalani hampir 15 kali pembedahan untuk membuang tumor dalam badannya menyedarkan saya bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.  Sesungguhnya, pada saat terakhir pun, jangan sesekali melepaskan harapan kerana kalau kita lepaskan, bermakna perjuangan sudah tamat.

Bersukaria di Jakarta & Bandung - Day 6 (akhir)

Cerita Hari Keenam : Masjid Istiqlal & Mangga 2 Tibalah hari terakhir di bumi Indonesia. My mom n makcik2 sudah mula feeling sedih2 cz akan meninggalkan negara yg paling mereka suka.. he!he. Hari terakhir dihabiskan dengan misi menjelajah Masjid Istiqlal (masjid terbesar di Indonesia) dan Mangga 2 (bukan pokok mangga ya.. tapi sebenarnya shoppping complex yg besar). Rasanya semua shopping complex di Indonesia nie besar2. Asal masuk mesti sesat cari jalan keluar. Jika diberi pilihan antara Tanah Abang & Mangga 2, saya lebih memilih Tanah Abang cz harga yg lebih murah dan pilihan yang pelbagai. Tapi di Mangga 2, sempat jugalah rembat beg brand Jimmy Choo dgn harga 50,000 rp (RM15). Gila x murah! Terus ramai2 membeli.. ha!ha. Of coz lah bukan ori tapi kualiti masih ok berbanding Made In Thailand.. he!he. My mom beli blouse di Mangga 2. Kononnya menghabiskan sisa2 rupiah.  OTW ke Masjid Istiqlal, sempat melihat ramai org menziarah kubur arwah Ustad Jeffry al-Bukhori ...

Bersukaria di Jakarta & Bandung - Day 5

Cerita Hari Kelima - Tanah Abang & Thamrin City Hari yg ditunggu2 oleh para ibu. Hari menabur rupiah di Tanah Abang.. he!he... Macam ayat org kaya ja.. Tanah Abang merupakan pusat grosir (borong) pelbagai barang terutama pakaian yang sangat murah. Kalau masuk sini, seharian pun belum tentu dapat menghabiskan jelajah semua kedai. Kami berada dalam Pasar Tanah Abang pada jam 9.00 pagi sehingga jam 4.00 petang. Punyalah shopping sakan.  Selepas itu misi shopping diteruskan dengan menjelajah Thamrin City dgn modus operandi (pinjam ayat polis) utk memburu batik di Pusat Batik, Thamrin City. Kesabaran yang tinggi sangat diperlukan ketika di Tanah Abang Thamrin City Cerita waktu malam setelah penat shopping seharian.. Bersama sisa rupiah yang berbaki di tangan... bersambung ....

Bersukaria di Jakarta & Bandung - Day 4

Cerita Hari Keempat :  Taman Mini Indonesia & Khalisma Hotel, Jakarta Pusat Tiba masanya meninggalkan bumi Bandung. Kami bertolak ke Jakarta pada jam 9.00 pagi dan tiba di Jakarta lebih kurang jam 12 tgh. Kami terus ke Taman Mini Indonesia (TMI) yang terletak di Jakarta Selatan. TMI menempatkan semua rumah suku kaum di Indonesia. So kalau ke sini, ibarat sudah pergi ke seluruh Indonesia. Lunch di Restoran Padang yg terdapat di taman ini. Berhampiran restoran terdapat banyak kedai menjual souvenier. Beli key chain murah2 di sini dan boleh ukir nama terus. So belilah utk para rakan sejawat di Malaysia. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di Taman Mini ini yg mempunyai keluasan 14 hektar (gila x luas!). Kalau berjalan kaki, kompom 1 minggu baru siap explore. So kami dibawa menjelajah taman tersebut oleh pak supir (naik keta). Pastu kami ke pintu utama untuk menyewa basikal (speda), motorsikal dan menaiki kereta kabel. (maaf kerana sudah lupa berapa kosnya... he!he). So, ...