Skip to main content

Posts

Bersukaria di Jakarta & Bandung - Day 3

Cerita Hari Ketiga : Kawah Putih & Cipaduyut Perjalanan pada hari ketiga diteruskan dgn misi memburu kawah gunung berapi (kalah2 ahli geologi). So kami ke Kawah Putih. Perjalanan ke kawah putih mengambil masa 1 jam (jika x macet) atau 2 jam (jika macet/jem). Kawah ini terletak di pinggir Kota Bandung. View dalam perjalanan sangatlah menarik & menakjubkan (maaf x ambik gambar pemandangan tersebut) Untuk ke Kawah Putih, anda boleh menaiki sebuah van mini yang diubahsuai (bukan naiktaraf). Uniknya cz van ini pintu dan dindingnya separuh sahaja. So kena pegang kuat2 di mana2 part dlm van cz kalau tercampak keluar masa corner baring naik bukit, itu your own risk.. he!he. Tapi alhamdulillah kami selamat sampai ke atas (ataslah mungkin cz macam naik bukit ja perjalanan tu). Tambang menaiki van ini ialah 40,000 rp seorang (klu x silap, lupa sudah). Tiada bayaran masuk ke kawasan kawah. Di sana ramai penjaja menjual mask @ topeng muka cz udara di kawah tersebut merbahaya bagi y...

Bersukaria di Jakarta & Bandung - Day 2

Cerita Hari Kedua: Pasar Baru & Cihempelas & Rumah Mode Hari nie plan asal ialah ke wisata Kawah Putih dgn motif supaya duit lambat habis. Yelah... kalau terus ke tempat syurga membeli-belah, alamat lepas sehari terus bankrut.. ha!ha. Malangnya,, menurut Pak Dede (supir), lebih baik ke Kawah PUtih pada hari Isnin cz klu hari Ahad nie liburan (cuti umum) juga di Indonesia. Jadi kompom macet ke sana. Akhirnya... plan ditukar ke segmen "Mari Menabur Duit di Pasar Baru".. ha!ha.. Kompom habis duit pasni... OTW ke Pasar Baru, Pak Dede membawa kami ke sebuah toko kecil yg menjual kain sulam n telekung. Cantik2 juga, tapi Pasar Baru tetap di hati.. ahaks... Pasar Baru, Bandung ** Shopping kain di Sir Cinta Cihempelas Pengamen Moden Rumah Mode Kami minum petang di Rumah Mode (ingat shopping ja boleh di Rumah Mode?.. Food Court pun ada tau!). Makanan best di sini ialah Batagor (s...

Bersukaria di Jakarta & Bandung - Day 1

Cerita Hari Pertama Untuk kali ke-3, aku menjejakkan kaki di bumi Indonesia..(kali ke-3 tu.. bukan alang2.. memetik kata teman2, " Ko nie macam ada tanah ja di Indon tu. ... ha!ha... statement kejam)... Terfikir juga, kenapa suka sgt ke Tanah Seberang... adakah kerana barangnya yg murah?, tukaran wangnya yang rendah?, atau kewangan aku hanya layak utk bercuti ke negara dunia ke-3?... he!he.... Tapi sebenarnya KERAMAHAN penduduk di negara yg sangat padat itu yg menggamit aku ke sana..  (err... selain memenuhi hasrat my mom n makcik2 yg ketagih ke Indon.. he!he) Seperti biasa kami menggunakan perkhidmatan Iwan Setiawan Transport (boleh cari beliau di pesbuk, atau google ja.. pasti jumpa). Kami bertolak pada jam 5.50 pm dari Kota Kinabalu. Jam 3 pm kami sudah terpacak di airport cz kalau menggunakan perkhidmatan AA kena dtg awal utk mengurus bagasi.. (maklumlah AA nie cerewet. Nanti kami ja yg terbang, tapi bagasi tidak berjaya diterbangkan. Perjalanan kali ini disertai ole...

Cerita Hari Guru

Siapakah guru? Guru yang baik mampu mengubah pelajar-pelajar yang biasa menjadi luar biasa. Guru yang hebat mampu mengubah pelajar yang telah cemerlang  menjadi tokoh yang unggul. Inilah satu-satunya profesion di dunia yang mengajar profesion-profesion yang lain menjadi siapa mereka hari ini. Mereka hadir untuk menjadikan kita lebih baik dan bijak daripadanya. TERIMA KASIH CIKGU !!!!!

Cerita Hari Ibu

" Delisa cinta umi kerana Allah "... Hafalan Shalat Delisa. " Redho ibu adalah redho Allah "... Ummi Aminah . Selamat Hari Ibu kepada semua ibu, terutama ibu saya -  Samsia Hj Junaidi yg berada jauh di kampung... Meskipun jarak memisahkan, tidak pernah dalam sesaat pun saya tidak mengingati ibu... TERIMA KASIH IBU....

Rakyat Malaysia Telah Memilih

Pilihanraya (PRU 13) telah melabuhkan tirainya pada 5 Mei 2013 (Ahad).  Keputusan telah diumumkan. BN yg diterajui oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sekali lagi telah diberikan mandat untuk menerajui kepimpinan negara. Sebagai salah seorang pengundi, saya berharap semua pemimpin yang dipilih tidak melupakan janji2 atau manifesto sebelum PRU 13.  Berikut merupakan warna warni PRU 13...  ( gambar2 di bawah tidak melambangkan ideologi politik saya... sekadar perkongsian sahaja ) ...  Pusat Mengundi saya - SJKC Kung Ming, Beaufort  Bukti saya telah mengundi... ha!ha  Warganegara Malaysia sabar menunaikan kewajipan  Penggunaan dakwat kekal - bukti saya telah mengundi! ** Selamat Mengundi...