Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

Kadang-kadang Kita Tidak Ditakdirkan

Beberapa hari lalu saya menonton sitkom Barat, “The Golden Girls”. Sebuah sitkom era 70-an berkisarkan hidup 4 orang warga emas yang duduk di bawah satu bumbung. Namun bukan jalan cerita sitkom tersebut yang menarik perhatian saya. Saya lebih tertarik dengan petikan dialog Sophia yang memberi nasihat mengenai jodoh yang tidak kesampaian dengan berkata, “ Kadang-kadang kita tidak ditakdirkan ...”. Saya mengakui kata-kata tersebut. Kita acapkali beranggapan insan yang bertakhta dalam hati kita merupakan takdir kita. Kadang kala kita seperti memaksa takdir itu tiba ke arah kita. Maka apabila takdir itu tidak seperti yang kita impikan, kita seperti dilambung ombak di tengah Lautan Hindi, terkapai-kapai di dalam lautan yang kita cipta sendiri. Betapa besarnya kuasa cinta sehingga kita berkawan dan bermusuh dengan takdir. Saya teringat kisah seorang sahabat ketika alam persekolahan. Beliau (Aya – bukan nama sebenar) bersahabat dengan seorang lelaki yang saya gelarkan Azam (juga bu...

Pesta Bunga 2015

Memandangkan belum ada catatan perjalanan, hari ini kongsi catatan pesta bunga. Jom tengok gambar!!.... Opps lupa.... Pesta Bunga ini berlangsung pada 14 - 16 Ogos di Taman Pertanian Lagut Seberang, Tenom.

Selepas 13 Tahun...

13 tahun bermandi keringat berjuang untuk mendidik anak bangsa di Sandakan, akhirnya titik penghijrahan itu tiba jua. memang sangat sedih meninggalkan anak murid dan sahabat yang telah dianggap seperti saudara di Sandakan. Namun, perpisahan telah terjadi sebagai pengakhiran kepada sebuah pertemuan. Semoga silaturahim kita sentiasa terjalin. Apapun, Tenom.. aku datang!!! Kekitaan yang erat, tiada yang berat

Trip to Kuching - Kek Lapis Dayang Salhah

Berkunjung ke Sarawak tidak sah jika tidak membeli kek lapis.. ibarat ke Bandung tidak membeli kain sulam atau ke Tanah Abang tapi terlupa membeli telekung. Maka apabila kami ke Kuching, kami pun membeli kek lapis sebagai prasyarat lawatan ke sana.. ha!ha.. Sebenarnya saya kurang menyukai kek lapis kerana sangat manis. Jadi belilah sikit saja sebagai ole2 untuk ipar duai di kampung. Kami membeli Kek Lapis Dayang Salhah. Harganya masih harga lama tapi mungkin saiznya sedikit mengecil kerana kenaikan harga barang. Kita sangat memahami beban yang dialami oleh peniaga dan pembeli akibat kenaikan harga barang. Saya beli 3 biji (kah batang??) kek lapis sahaja. Ada sample untuk pelanggan merasai terlebih dahulu kek lapis sebelum membeli. Jadi kami lebih banyak merasa daripada membeli.. ha!ha... macam Hari Raya pula.. makan kek di rumah orang..

Trip to Kuching - River Cruise Sungai Sarawak

Mereka yang datang ke Kuching, jgn lepaskan peluang menaiki River Cruise di Sungai Sarawak pada jam 5.30 pm - 7.00 pm. Bayaran utk cruise ini ialah RM30 jika kita ada voucher hotel. Kami stay di Tune Hotel, jadi dapatlah voucher 50% off dari hotel tu.  Welcome drink dan kuih lapis Muka masing2 macam bosan jer... ha!ha Pengunjung disajikan dengan tarian tradisional