Kisahnya bermula 17 tahun yang lalu ketika kami dalam alam persekolahan. Saya mempelajari dan mengenali banyak perkara ketika usia 18 tahun. Akhirnya saya menyedari bahawa kehidupan dalam alam persekolahan bukan berkisar tentang buku dan nota semata-mata. Pengalaman itu mendewasakan saya meski akhirnya berakhir dengan kedukaan. Kami meneruskan kehidupan di universiti dengan cabaran yang berlainan... dan pertemuan itu menemui titik akhir 5 tahun kemudian. Namun siapa menyangka... Allah swt merancang agar pertemuan itu berlaku semula meski harus menunggu 12 tahun kemudian. dalam suasana dan status yg berbeza.
Kehidupan di dunia ini laksana lautan yang jarang-jarang tenang. Airnya sentiasa beriak, bergelombang dan berombak. Kesusahan terletak dalam kemudahan, dan kemudahan pula selalu tersimpan dalam kesusahan. (Hamka)