Tahun 2013 melabuhkan tirainya... membawa seribu kenangan dan pengalaman suka duka. Saya mengharapkan tahun 2014 lebih baik berbanding tahun sebelumnya. Tapi siapalah saya untuk menidakkan takdir. Siapalah saya untuk mengubah rencana Allah swt yang sangat indah aturannya. Akhirnya sebagai insan kerdil, saya reda atas ketentuanNya. Saya dikejutkan dengan berita pemergian datuk saya, Allahyarham Hj Majin Awg Damit pada 2 Januari (Khamis, jam 3.30 pm). Beliau memang kurang sihat sebelum pemergiannya. Sudah tidak berupaya untuk bangun dari katil tanpa bantuan, Sudah kehilangan selera makan. Allah swt sudah menarik beberapa nikmat daripada hambaNya pada penghujung usianya. Namun sebenarnya kami sekeluarga tidak begitu ralat atas pemergiannya, kerana dalam tempoh seminggu terakhir usianya, beliau hanya menyebut tentang kematian.. sudah mula berpesan-pesan.. sudah mula menguras airmata kami. Beliau meninggal dunia dalam usia 95 tahun dan mungkin lebih daripada itu. Kenapa saya terke...
Kehidupan di dunia ini laksana lautan yang jarang-jarang tenang. Airnya sentiasa beriak, bergelombang dan berombak. Kesusahan terletak dalam kemudahan, dan kemudahan pula selalu tersimpan dalam kesusahan. (Hamka)