Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2015

Selepas 13 Tahun...

13 tahun bermandi keringat berjuang untuk mendidik anak bangsa di Sandakan, akhirnya titik penghijrahan itu tiba jua. memang sangat sedih meninggalkan anak murid dan sahabat yang telah dianggap seperti saudara di Sandakan. Namun, perpisahan telah terjadi sebagai pengakhiran kepada sebuah pertemuan. Semoga silaturahim kita sentiasa terjalin. Apapun, Tenom.. aku datang!!! Kekitaan yang erat, tiada yang berat

Trip to Kuching - Kek Lapis Dayang Salhah

Berkunjung ke Sarawak tidak sah jika tidak membeli kek lapis.. ibarat ke Bandung tidak membeli kain sulam atau ke Tanah Abang tapi terlupa membeli telekung. Maka apabila kami ke Kuching, kami pun membeli kek lapis sebagai prasyarat lawatan ke sana.. ha!ha.. Sebenarnya saya kurang menyukai kek lapis kerana sangat manis. Jadi belilah sikit saja sebagai ole2 untuk ipar duai di kampung. Kami membeli Kek Lapis Dayang Salhah. Harganya masih harga lama tapi mungkin saiznya sedikit mengecil kerana kenaikan harga barang. Kita sangat memahami beban yang dialami oleh peniaga dan pembeli akibat kenaikan harga barang. Saya beli 3 biji (kah batang??) kek lapis sahaja. Ada sample untuk pelanggan merasai terlebih dahulu kek lapis sebelum membeli. Jadi kami lebih banyak merasa daripada membeli.. ha!ha... macam Hari Raya pula.. makan kek di rumah orang..

Trip to Kuching - River Cruise Sungai Sarawak

Mereka yang datang ke Kuching, jgn lepaskan peluang menaiki River Cruise di Sungai Sarawak pada jam 5.30 pm - 7.00 pm. Bayaran utk cruise ini ialah RM30 jika kita ada voucher hotel. Kami stay di Tune Hotel, jadi dapatlah voucher 50% off dari hotel tu.  Welcome drink dan kuih lapis Muka masing2 macam bosan jer... ha!ha Pengunjung disajikan dengan tarian tradisional

Trip to Kuching - Serikin

Assalamualaikum ... Hari ini mau review tentang Serikin. Sebuah kawasan di sempadan Malaysia-Kalimantan. Kebetulan berkesempatan ke sana walaupun dalam keadaan hujan lebat. Namun hujan tidak dapat menghalang kegigihan kami shopping di kawasan ini... ha!ha Kenapa ramai orang suka ke sini?.. Hasil analisis saya ialah harga barang dari Indonesia yang murah (walaupun tidak semurah di Bandung dan Tanah Abang), dan boleh tawar harga sampai penjual pening... ha!ha... Menurut peniaga yg berasal dari Pontianak, Indonesia barang yg dijual diambil dari Bandung dan Jakarta. Jadi mudahlah kami menawar dgn tagline, " kami juga sering main ke Bandung dan Jakarta ".. ha!ha... pastu guna bahasa Indonesia sikit, pasti dapat harga murah... ha!ha...  Kepada mereka yg ingin ke sini, pasar ini hanya dibuka pada hari sabtu (pagi -petang_ dan ahad (pagi - jam 2 pm) Harga telekung beza dlm RM30-RM40 berbanding di Jakarta n Bandung  Sudahlah jalan sempit, kereta ...