Jasamu Dikenang, Budimu Dijulang (Sempena Persaraan Cikgu Hajah Rusinani Nasip) Tugas mendidik itu mulia, Apakan daya usia 58 membatasi, Ayuh para pendidik taburkanlah bakti, Didiklah muda-mudi anak pertiwi. Jadilah bangsa bermaruah, Menegakkan negara bangsa, Khidmat kita walaupun tidak seberapa, Namun menjadikan genersi bijaksana.
Kehidupan di dunia ini laksana lautan yang jarang-jarang tenang. Airnya sentiasa beriak, bergelombang dan berombak. Kesusahan terletak dalam kemudahan, dan kemudahan pula selalu tersimpan dalam kesusahan. (Hamka)