Mau melancong.... tapi ke mana yaaaaa...... Kaki gatal mau berjalan.. tangan digaru-garu untuk membeli tiket flight... Malangnya rakan travel tahun nie berhalangan untuk melihat dunia luar... Jadilah saya terkapai2 merenung iklan tambang murah syarikat penerbangan silih berganti .. Apapun... marilah kita lihat video rakaman pelancongan yang terdahulu... sekadar mengimbas kenangan dan mengubat luka di hati kerana belum dapat melancong bagi tahun 2015... Padang, Sumatera Taman Mini Indonesia, Jakarta Candi Borobudur, Jogjakarta Eh... kenapa semua video di Indonesia??... aku melancong ke tanah seberang ja kah selama 5 tahun ini?... ha!ha... rasanya gitulah.... p/s : Trip Korea terpaksa ditunda ke tahun depan.... "Korea! Aku tak pasti datang"... ha!ha
Kehidupan di dunia ini laksana lautan yang jarang-jarang tenang. Airnya sentiasa beriak, bergelombang dan berombak. Kesusahan terletak dalam kemudahan, dan kemudahan pula selalu tersimpan dalam kesusahan. (Hamka)