Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2013

Cerita Hari Guru

Siapakah guru? Guru yang baik mampu mengubah pelajar-pelajar yang biasa menjadi luar biasa. Guru yang hebat mampu mengubah pelajar yang telah cemerlang  menjadi tokoh yang unggul. Inilah satu-satunya profesion di dunia yang mengajar profesion-profesion yang lain menjadi siapa mereka hari ini. Mereka hadir untuk menjadikan kita lebih baik dan bijak daripadanya. TERIMA KASIH CIKGU !!!!!

Cerita Hari Ibu

" Delisa cinta umi kerana Allah "... Hafalan Shalat Delisa. " Redho ibu adalah redho Allah "... Ummi Aminah . Selamat Hari Ibu kepada semua ibu, terutama ibu saya -  Samsia Hj Junaidi yg berada jauh di kampung... Meskipun jarak memisahkan, tidak pernah dalam sesaat pun saya tidak mengingati ibu... TERIMA KASIH IBU....

Rakyat Malaysia Telah Memilih

Pilihanraya (PRU 13) telah melabuhkan tirainya pada 5 Mei 2013 (Ahad).  Keputusan telah diumumkan. BN yg diterajui oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sekali lagi telah diberikan mandat untuk menerajui kepimpinan negara. Sebagai salah seorang pengundi, saya berharap semua pemimpin yang dipilih tidak melupakan janji2 atau manifesto sebelum PRU 13.  Berikut merupakan warna warni PRU 13...  ( gambar2 di bawah tidak melambangkan ideologi politik saya... sekadar perkongsian sahaja ) ...  Pusat Mengundi saya - SJKC Kung Ming, Beaufort  Bukti saya telah mengundi... ha!ha  Warganegara Malaysia sabar menunaikan kewajipan  Penggunaan dakwat kekal - bukti saya telah mengundi! ** Selamat Mengundi...

Arahan menulis

Hari ini seorang sahabat yang berada di Pahang meminta saya menulis sebuah artikel ringkas bertajuk Kepentingan Mematuhi Peraturan... (untuk dibacakan oleh beliau pada perhimpunan sekolah minggu hadapan).  Lantas apa yang perlu saya tulis?.. Audiennya ialah murid sekolah dan guru2.. Tapi tajuk ini agak menarik bagi saya. Bayangkan kita hidup tanpa peraturan?.. Datang ke tempat kerja sesuka hati, memandu di jalan raya dengan melebihi had laju yang dibenarkan tanpa takut disaman atau membahayakan pengguna lain, anak-anak keluar rumah tanpa izin ibu bapa.. Adakah ini kehidupan yang kita ingini?.. Hidup sebebas-bebasnya... Mungkin langit sahaja sebagai batasan..  Tapi pernahkah kita terfikir impak kehidupan tanpa peraturan?.. Saya takut memikirkannya... Mungkin anak kita yang keluar rumah tidak akan balik semula kerana tiada arahan memintanya pulang ke rumah... dan yang paling dikhuatiri ialah pergaduhan terjadi di mana-mana kerana semua mahu menegakkan benang yang basah.. Sa...

Melentur buluh biarlah dari rebungnya..

Pertunjukan monyet di salah sebuah lampu isyarat di Bandung, Indonesia. Jika seekor monyet yang tidak memiliki akal, tetapi boleh menunjukkan cara bersembahyang, bagaimana pula dengan manusia?. Walaupun sekadar pertunjukan untuk mencari sesuap rezeki, tetapi pemilik monyet tersebut menyedarkan kita bahawa tidak ada yang mustahil jika kita berusaha dan memulakannya dari awal. Mendidik anak-anak juga seharusnya seperti ini... mendidik dan menyemai sikap terpuji sejak mereka masih kecil. Saya memahami beban ibu bapa mendidik anak-anak pada zaman IT yang serba mencabar ini. Anak-anak disogokkan dengan pelbagai media sosial yang melalaikan dan kadang kala menjadi medan mencari pasangan. Perilaku ini sukar dibendung dan dipantau oleh ibu bapa kerana perkhidmatan jalur lebar boleh diakses di pelbagai tempat secara percuma. Natijahnya, pelbagai salah laku Generasi Y ini didengari hampir setiap hari... Alangkah ruginya jika kita tidak mampu melahirkan modal insan minda kelas per...